Monday, 1 August 2011

Sambut Puasamu Dengan Sederhana

Assalamualaikum w.b.t 
Alhamdulillah hari ini start kita berlapar sudah. Bagaimanakah? Ada gembira dengan berita penuh sedia? Sebulan dan lebih sudah memiikir pasal puasa . puasa dan puasa. Maka hari ini sudahpun berpuasa, mana -mana yang agak terasa kekok-kekok  itu mari kita sama lekatkan dalam minda yang kita sedang menjalani ibadah puasa. Apa hendak dibuat semasa puasa ni ya? Tadarus..emm qiamm..emm..iftar..sahur..emm..heit..takkan lupa sudah, 'berFB' dan berblog..hehehehehe. mahu tipu yaa..ehhe..mahu FB itu tiada salah,biar perkara yang positif sahajalah. Jika anda pernah terkomen negatif pada orang lain eloklah dipadam kembali, kerana dalam bulan ini lah kita perlu didik hati, insyaAllah selepas puasa nanti kita terus berpositif kepada orang lain.hmmm ~(^^,)~
Hah..pasal berbuka nanti..juadah apakah yang terlintas di fikiran?haaa..beginikah?~ahhahaa~ 


 jangan terliur,kawal..kawal..kawal..!
atau teringin inikah?


atau..begini pula..


Hmm tak kisah lah bagaimanapun juadah kita asalkan jangan membazir.Yang pasti halal dan tiada syubhah disitu,bila masuk perut rasa bagus sekali.Tapi dalam banyak2 makanan yang dipilih, sebenarnya afdhol kita ambil makanan yang ringan tidak memberatkan perut. Tambah pula kita mahu pergi ke Tarawikh nanti. Sujud pun tak lalu apahalnya? Okey, bab makan ni,saya mahu ceritakan kepada anda tentang satu tajuk yang sama dengan dua kisah yang berbeza. Sekadar perkongsian .

Berpuasa di Hostel
Hostel SMMAM sewaktu sekolah menengah.
Di asrama dulu saya sangat ingat ,bila time puasa,saya kisahkan sewaktu saya berusia 17tahun. Saya harus bangun awal pagi untuk bersahur di dewan makan terletak jauh nun didasar bukit,sedangkan asrama puteri perlu didaki..MasyaAllah.Besar benar sekolah tu. Seawal jam 5pagi saya harus turun,errgghhh malasnya. Mengenang pula masakannya agak berat,jadi kadang saya tidak turut serta,ada juga kadang2 yang 'menjahat' nya tu,suruh kawan2 tolong ambilkan dan bawa keatas.hihi sian orang.Maaf! Disekolah itu tida pilihan lain ,harus makan makanan yang tersedia untuk kita. Rugi,yuran dibayar untuk dimanfaatkan.Saya makan banyak,dalam hati kata,"simpan untuk sepanjang lapar" ahhahaha..ape lah saya ni,kesitu pulak. Menjelang maghrib saya harus turun berbuka. Waaahh waktu tu nampak saja makanan, aiii tak berkelip mata,terliur situ je,tak sabar nak berbuka puasa. Tetapi,disebabkan itu, saya pulun habisan sehingga penuh lah pinggan.Dushh!!! ape saya buat ni? Attamakun betullah.lama2,saya dapat rasakan yang makanan untuk sahur dan iftar itu tidak sesuai untuk perut saya. Terlalu berat. Oleh kerana terpaksa makan, maka berat saya berkilo'an naiknya.

Hostel Mahligai Town House, Shah Alam.
Di Town House inilah,saya terdidik untuk sahur dan iftar dengan juadah yang kecil kuantiti nya,tinggi kualitinya. Ini semua disebabkan oleh pengalaman yang membawa saya untuk merasainya. Saya belajar untuk tidak sedih dengan 'keseorangan'. Disebabkan saya selalu keseorangan di Town House pada penghujung minggu,maka saya malas untuk turun ke kedai untuk membeli lauk pauk,apatah lagi mahu masak diwaktu itu memang tiada dapur untuk memasak. Disebabkan kesangatan malasnya itu, maka saya beli makanan segera.Instant Coffemix la, Instant Tea+honey la, biskut2 laa..tidak ditinggal juga Gardenia ni...
egegegee~ entah kenapa suka sangat dengan roti2 ni,mungkin ia mudah dan ringkas! lagi satu ini...

ermmm..sedaaappp..
Inikah juadah saya sepanjang bulan ramadhan di Town House..ya hakikatnya begitulah seperti selalunya. Sekali dapat makan rendang airtangan mak,aduhaaiii...nikmat!Sekali dapat makan ikan bakar dan airasam airtangan siayah,..aduhhaaaii..nikmat!Tetapi saya diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat dalam puasa dengan kurma dan susu.(Sedih tiada teman langsung hilang) Ia lebih lagi sedap dari Butterscotch dan Milo segera tu. Mengapakah? Bila saya makan kurma dan susu saya jadi mudah kenyang dan rasa tidak lapar dikesiangan. Simple. Sedap. Paling penting ada khasiat, saya ada baca satu artikel tentang kebaikan buah kurma.Bacalah...=) bukan tu je tau, dalam banyak2 kurma ,Kurma Ajwah lah yang paling disukai Nabi s.a.w. tapi saya rasa nak dapatkan kurma tu mudah lah,tambah2 bulan puasa tapi mahu beli yang betul2 fresh dan berkualiti tu,harus berkorban wang untuk kebaikan... contohnya macam Yusof Taiyyob . Kadang2 saya makan Yusof Taiyob punya kurma ni, macam makan buah rambutan. Sebab sedap sangat.
Bila saya memenuhi sahur dan iftar dengan biskut,roti,kurma dan susu, lama kelamaan secara automatik, cara dan corak makanan saya telah berubah sama sekali. Perut saya tidak lagi sukakan makanan yang terlalu banyak sehingga melimpah ruah memenuhi pinggan, terlalu berat, terlalu banyak menggunakan santan,minyak,lemak, dan lain2, juga yang menyeronokkan dengan sendirinya saya mampu mengawal kuantiti dalam satu pinggan supaya makanan yang ditelan cukup2 untuk menyenangkan hati saya.
Semoga sedikit pengalaman yang saya kongsikan kepada anda ini, berguna buat anda walau hanya satu perkataan.Ingat!! elakkanlah pembaziran dalam bulan Ramadhan bagi mendapatkan rasa yang sempurna untuk ibadah. Saya hadiahkan pantun Ramadhan buat anda semua yang sudi membaca .


Pantun Ramadhan hamba hantarkan,
Titipan hati pembaca  budiman,
Tujuan sebagai memberi ingatan,
bersama melangkah dalam keteguhan.

Satu Ramadhan menjelma sudah,
Tarawikh dimulakan penuh gembira,
Menahan lapar janganlah gundah,
Tiada lamanya menunggu berbuka,

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Bulan keampunan segala dosa,
Jangan berat untuk meminta,
Allah Maha Mendengar rintihan hamba,

Berhenti rehat di arena kemuliaan,
Destinasi barakah penuh pahala,
Iringlah waktu kautlah keberkatan,
Penuhi juga taubat Nasuha.

Laksanakan amalan penuh murni,
Agar ibadah diterima sudah,
Sucikan hati bersihkan diri,
Berharap meminta kepada Allah.

Sekian sudah pantun Ramadhan,
Khususan ila sahabat bahagia,
Ampunkan hamba tersalah ucapan,
Hamba cuma manusia biasa.
~Ku Shams~




No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.