Saturday, 27 August 2011

Apabila Ukhwah Itu Terhijab Maka...?....Tahukah Kamu Mengapa?


Hamba tidak tahu mengapa hati hamba sejak kebelakangan ini menjadi resah dan gelisah. Mungkin kerana mengenangkan hubungan dengan Allah yang masih tidak utuh berpadu dalam jiwa. Mungkin juga hamba terasa bersalah jikalau mana tahu hamba tersalah memberi sayang dan cinta ini melebihi keinginan hamba untuk Allah.Semakin Ramdhan ini mahu melabuhkan tirai semakin hamba berasa sedih. Hamba selalu pilu. Jiwa hamba selalu sakit. Bukan kerana hamba disakiti,tetapi hamba yang menyakitkan diri hamba sendiri. Sewaktu hamba di Shah Alam, hamba sangat berhajat untuk mengakhirkan hari2 Ramadhan hamba di Masjid Biru. Segala Puji bagi Allah, Allah mengizinkan hamba untuk berkhalwah di Masjid Biru itu. Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah itulah namanya. Hari2 sebelum hamba pulang,hamba menghabiskan masa untuk bertarawih disana. Hamba teruja. Hamba mahu beritakan bahawa hamba bukanlah golongan mulia, mana hidupnya sempurna kelihatannya. Bukanlah ,kerana hamba ini hamba hina, banyak kurangnya dan cacat celanya. Namun hamba tetap mahu betulkan diri hamba. Hamba mahu.Hamba mahu hati ini jernih dan murni. Malam terakhir sebelum hamba pulang esoknya, hamba direzekikan lagi untuk bertarawih. Allah Maha Besar! Hamba terkesima dengan alunan merdu imam di Isya’ itu. Itulah Imam dari Madinatul Munawarah yang hamba kagumi. Hamba tidak mampu lagi menampung airmata. Hamba benar2 hina ya Allah. Hamba tidak kisah siapa lihat hamba menangis,hamba tiada apa untuk pedulikan itu semua. Hamba mahu kepada Allah. Hamba lihat kejujuran jemaah menghayati bacaan Syeikh mulia itu. Tangisan2 hamba dengar seolah memberi dorongan kepada hamba untuk terus mencari harta paling berharga,iaitu bahagia. Ya Allah..sesungguhnya Kalam Mu adalah Nur Hidayah..Nur Hidayah Nur Hidayah.. dengan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk hamba meneruskan hingga kerakaat akhir2nya, hamba undur kebelakang, menoleh kesana kemari mencari sahabat sejati bertarawih bersama. Tiada pula terjumpa kelibat dan kelihatannya..makanya hamba mencari bahagian hamba untuk berbaring seketika. Allah.. baring itu juga nikmat! Dengan rasa sakit dan keletihan yang menuruti, hamba tertidur dalam alunan bacaan mulia.Hamba terlena di perbaringan. Namun sememangnya tiadalah hamba tahu selama mana hamba bermimpian,tersedar sahaja bahu hamba ditepuk2. Siapakah insan menepuk hamba? Hamba terasa berat mahu menoleh. Ahhh biarkanlah..hamba lesu tiada daya. Sebelum pulang hamba mahu merehat diri seketika. Letih benar dikesiangan terlalu banyak perkara difikirkan. Bahu hamba ditepuk2 lagi..Tiadalah hamba hiraukan sehingga kali ini,hamba bangun dengan lemah dan mengangkat muka. Tiada hamba nampak wajahnya. Hamba tertunduk sayu menahan lelah2 waktu hamba.
“mengapa ini?” tanyanya dengan lembut. Bicaranya dalam Arabi. Mungkin melihat wajah sugul hamba seperti tiada daya dia datang untuk bertanya. Hamba hanya mendiamkan diri. Siapakah dia untuk hamba ceritakan kisah hamba? Hamba terus mendiam diri. Kaku lagi seperti sebelumnya. Dan bagaimana mahu hamba ceritakan kepada wanita berbangsa Arab sedangkan hamba tiada mahir untuk berbalas bahasa mulia itu dengannya sedang hamba mampu fahami sedikit cuma?
“Ceritakanlah, mengapa ini? “ tanyanya lagi dan begitulah maknanya yang hamba fahami. Hamba terus mendiamkan diri, bagaimana hamba mahu beritahu wanita ini ya? Kelihatannya mahu benar menenangkan hamba. Hamba tunduk lagi, sesekali hamba pandang wanita itu, hanya kaburan yang tidak dijelaskan siapa sebenar dia. Oh dia ini yang hampir pada hamba satu ketika itu dimasjid yang sama jua. Menyapa lagi, bagaimana dia kenal hamba? Akhirnya...
“Hamba mahu Ramadhan hamba kali ini bermakna buat hidup hamba,hamba mahu mendekatkan diri kepada Allah, tetapi hamba tiada daya seorang ini,hamba mahukan teman bawa hamba kepadaNYa..membuatkan hamba lebih kenal dan cinta Dia..hamba ada sahabat mulia yang memberikan hamba peringatan2 agar supaya hamba dekat denganNYa, tetapi.hamba takut..takut sesuatu akan terjadi kepadanya..hamba takut hamba hanyut..hamba takut juga sahabat ini hanyut..kerana kami adalah berlainan.. lelaki dan perempuan..hamba pernah diberitahu bonda..dalam khabaran pertemuan kita yang lalu,bahawa ada satu bisikan memberitahu hamba..jauhkan diri dari sahabat ini.... :’( kerana itu hamba gusar,kerana hamba memuliakannya..dia sahabat hamba ‘dunia akhirat’..bagaimana mahu hamba meninggalkannya?? Setakat mana hamba mampu bertahan wahai bonda? Hamba sayangi dia.. tetapi sampai bilakah semua ini kerana hamba manusia biasa..hamba hina disisi Allah..Allah ampunkan hamba?...Maafkan hamba, tiadalah hamba tahu untuk berbahasa Arab...dan..siapakah bonda ini?” hati hamba sayu. :’( .Hamba dapat merasakan wanita itu umpama bonda,bonda,bonda.. Wanita itu hanya tersenyum, dengan manis hamba rasakan.
“ sabar dan redholah dengan apa yang Allah berikan kepadamu dan tinggalkan sahabatmu jika kamu menyayanginya,” wanita itu menepuk2 bahagian lutut hamba.Balasnya dalam bahasa hamba ini.
“mengapa ?” tanya hamba.. :’( ..
“berehatlah...,” sehingga bonda itu menghilang,hamba bangun dari mimpi yang aneh. Allah ..sakit dan beratnya badan hamba. Hamba lihat ramai jemaah wanita dikeliling hamba..Ah..mereka tiada tahu apa.. Siapa bonda berpakaian putih itu? Hamba rindukan bonda itu..hamba mahu bonda itu.  :’(
Hamba meneguk sedikit air putih. Lantas mengenakan niqab,berlalu keluar, ahhhh..pilunya memikirkan mimpi itu. Terngiang2 di fikiran ini..sayu hati mahu meninggalkan masjid mulia , terasa mahu hamba habiskan sujud2 hamba bersama Imam mulia dari Madinah. Hamba keluar, sedang berjalan menuruni anak tangga, telinga hamba sentiasa mendengari ayat2 suci Allah. Merdunya, pilunya , Asyiknya.. Hamba mengambil kasut, hamba lihat kasut sahabat hamba sudah tiada. Ahh..tiada mengapalah mungkin tiada rezeki hamba bertemu dia sebelum pergi pulang kekampung. Hamba mahu bertemu dia sebelum hamba pulang beraya. Tiba2 seorang gadis menyapa.
“kak,” ..
“eh Hamidah,ingatkan sudah pulang,” Sahabat sejati hamba?Kami bersalaman.
“masih belum, sedang menunggu kakak ,dimana dia tidak tahu, katanya di depan airpancut ini,taknampak pun,” hamba berborak sebentar bersamanya sementara dia menunggu kakaknya.
“ingatkan sudah tidak jumpa kamu tadi, ya lah esok kak sudah pulang ke kampung,” borak2.
“kak, mahu sedikit kredit boleh?mahu mesej kak Ain,”. Hamba memberi.
“Sedap benar bacaan imam Madinah ni kan?” hamba bertanya.
“itulah tengah asyik2, telefon pula berbunyi,kak Ain sudah sampai katanya, tapi ini tiada pula,”
“Eh kak,nah lah..kak Ain dah call,” Dihulurnya kembali telefon bimbit hamba. Hamidah menjawab telefon. Kakaknya memberitahu, sudah lama berada tepi airpancut menunggu didalam kereta. Hamidah mengatakan dia tidak nampak kereta kakaknya itu dimana2. Hamba ternampak dalam kesamaran itu seperti kereta Ain.
“Ha..itu dia mungkin?,”
“Mana?..oohh haah..peliklah..tadi Mal duduk depan ini sudah lama , tapi..kenapa tidak nampak mereka?,” Hamidah berkata2. Hamba menghulur salam akhir buatnya di Ramadhan Karim ini. Hamba melihat dia semakin menjauh menuju ke kereta. *Mungkin Allah mahu beri rezeki padaku untuk menghabiskan sisa2 waktu ramadhan bersama Hamidah sahabat mulia ku* bisik hati hamba. Hamba menunggu sahabat yang sudi menjemput hamba pulang. Hamba menanti namun masih tiada kelibatnya. Hamba mundar mandir sekitar masjid. Bacaan imam semakin mengasyikkan,sehingga ke witirnya hamba menghayati. Hamba amati makna  yang hamba fahami sedikit2 dalam qunut nazilah. Sesekali terdengar sayu suara tangis imam mulia. Allah...suci benar hati mereka. Bagaimana dengan kita yang seringkali alpa dan leka mengejar dunia? Tangisan imam makin berlanjutan memecah suasana hiruk pikuk shah Alam. Hamba langsung tidak mampu menahan airmata. Hamba ‘amin’kan doa2 imam mulia, Allah...sayu hati hamba. Hamba lantas memikirkan kesalahan2 hamba dengan Allah dan manusia. Hati hamba sayu, dengan tiba2 hamba teringatkan wanita yang umpama bonda sebentar tadi. Rasanya seperti tidak mahu berhenti tangis ini. Sahabat hamba menelefon menunggu hamba diparking. Hamba mengusap laju pipi yang sudah basah. Hamba tidak mahu dia tahu apa2.
********************************* part 2 *****************************************
Seperti biasa sahabat mulia hamba menceriakan hidup hamba hari2nya, hamba bersyukur adanya beliau dalam hidup hamba, hamba sangat menyayanginya, lillahita’ala hamba senang dengannya. Tetapi pelik benar hamba lihat beliau kebelakangan ini. Hamba perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan jiwa beliau. Hamba terhibur dengannya hari2 berkongsi cerita. Alhamdulillah. Hamba rasa tenang bersahabat dengannya kerana hamba rasa beliau benar2 seorang sahabat yang mengasihi dan menyayangi sahabat2nya yang lain. Hamba fahami, beliau benar ikhlas. Tetapi hati hamba seperti dapat menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun hamba diamkan saja dari sesiapa. Semenjak itu fikiran hamba ligat memikirkan apa harus hamba lakukan demi menyelamatkan sahabat mulia dan menjaga iman hamba supaya jangan roboh dalam goyah itu.
Hamba ‘memberitanya’ kepada beliau , “hamba fikir,hamba perlu keluar dari tempat ini,”
“mahu tinggal hamba ya?,” tanyanya. Hamba terdiam. Adakah beliau tahu bahawa hamba takut sesuatu yang buruk akan terjadi padanya jika hamba meneruskan persahabatan hamba dengannya? Ya, beliau tidak tahu sedikitpun apa ada difikiran ini. Tidak mengapalah. Biar hamba seorang saja tanggung ini. Hamba sanggup!
Hamba teringat pada satu katanya yang lebih kurang begini bunyinya, “sedang sayu hati merenung kelangit dengan sedih mengenang sahabat jiwa yang semakin menjauh pergi”.....disitu hamba sudah rasa anehnya.
“Izinkan hamba merenung kelangit bersama?” hamba menyoal kias siratan.
“tiada perlu, cukuplah hamba sendiri disini,” hamba mengerti kiasan naluri beliau. Maka hamba biarkan..siapa hamba mahu memasuki hati seorang mulia?Hamba tahu beliau ingin Allah jua..ingin Muhammad dalam hatinya..seringkali beliau menyebut Toha Toha Toha...beliau mulia..
Keanehan rasa masih tidak mati, sempat hamba menumpang tidur dirumah sahabat2 hamba, kerana mahu pergi bersama ke tempat menelaah ilmu. Malam itu hamba menghabiskan masa berborak dan memasak. Tiadalah hamba hirau siapa ditalian. Sehingga hamba mengejutkan sahabat ini dengan pesanan ,terkejut hamba beliau dalam kesedihan. Aneh! Beliau bukanlah seorang mudah sedih hamba kenali. Beliau hamba Allah yang redho dan kuat hamba tahu itu. Namun malam ini hamba pelik,mengapa beliau sedih? Apakah yang beliau mimpikan? Hamba bertanya,namun tiada pula mahu kongsikan banyaknya..tiada mengapalah..siapa hamba mahu mencampuri urusan peribadinya?
“Jangan tinggal hamba ya?,” beritahunya dengan tiba2. Kerapkali beliau memberitahu begitu. Apa ada dalam fikirannya?? :’(
“Hamba sentiasa ada dengan sahabat jiwa hamba ini,” hamba yakini. Rasa kasih yang lahir ini adalah kasih yang suci dan tidak dicemari. Tetapi..mengapa beliau tanya begitu kepada hamba ya? Hamba biarkan persoalan itu.
Pagi itu,sahabat mulia ini menghubungi hamba..
“Apa khabarnya?,” tanya hamba.
“ehmm kurang...ehm tapi okeylah,” ohh? Hamba tidak pernah dengar beliau kurang sihat atau apa. Hamba dapat rasa sesuatu aneh lagi. Namun hamba diam...Hamba jalani rutin hamba seperti biasa.
Sehinggalah hamba diberi kesempatan tarawih malam terakhir itu,dimana hamba ‘menjumpai’ bonda mulia itu buat kali keseterusnya. Hamba pulang  kerumah dengan rasa bercampur dan tidak enak. Mengapa hamba rasa ada yang tidak kena dengan sahabat hamba? Hamba membuka laman sosial hamba..sambil sahabat hamba bertukar cerita,sukaria,hati hamba terusan tidak enak rasanya. Hamba biarkan. Makin lama makin gusar,jiwa hamba langsung tidak tenteram,tiba2 hamba terasa bersalah dengan Allah dan hamba rasa hamba banyak membuang masa.Tidak!!! hamba tidak mahu,hamba mahu Ramadhan hamba berakhir dengan mulia,bukan dengan alpa dan leka.. Mengapa hamba? Hamba terfikir juga tentang pertemuan hamba sama bonda.. :’( sahabat kesayangan hamba itu..yang sedang bicara sama hamba di laman ini..*ahhh benarkah aku harus meninggalkannya?patutkah?..* hamba makin sedih,makin gusar,makin celaru, hamba terasa berat hati..tetapi hamba harus padamkan nama sahabat hamba ini dari akaun hamba,kerana Allah hamba lakukan ini..Allah saja yang tahu bagaimana rasa hati hamba. :’(dalam kecelaruan hamba tidak dapat cari penyelesaian ,hamba terdetik hati mahu menunaikan solat sunat. Hamba taubat dikeheningan malam itu. Hamba menangis dan memohon tolong dari Allah supaya berikan hamba jawapan dan tenangkan hamba dalam berbuat keputusan. Hamba mohon Allah...berikan yang terbaik dengan kesulitan ini. Alhamdulillah..Allah berikan hamba hina ini ketenangan yang jitu..hamba mampu membuat keputusan,hamba fikir inilah jawapannya,hamba harus laksanakan. Dalam keperitan,hamba menaip huruf2 namanya yang mulia..perlahan2 sehingga tamat ia, dan terhijablah antara dua sahabat ini yang sebelumnya senantiasa beramah mesra dengan hati yang bahagia. Hamba redho walau perit mahu ditelan.
************************************part 3 **************************************
“kenapa buang hamba dari laman sosial tuan hamba?,” tanya sahabat mulia.
“ehmm?,” hamba kaku kelu. Ya Allah bagaimana hamba mahu beri jawapannya? Ya Allah..Ya Allah. :’(
“bagitahu,kenapa?cakap!!,” sahabat hamba sedikit meninggi.
“marah kah?,” hamba bertanya dalam kesedihan itu. L
 “tidaklah marah ,tetapi kenapa tuan hamba lakukannya? Sudah mahu buang hamba dari hidup ya? Cakap!,” soalnya bertubi.
 “kita mulakan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini laa,” hamba katakan tetapi barangkali beliau tidak mendengar..
“apa?? Cakaplah kenapa buang hamba?,” suaranya sedikit tinggi.
“tidak!! Bukan begitu...bukankah kita masih boleh berhubung diluar laman sosial itu? Ukhwah kita bukan dalam alam maya ini,tetapi dialam realiti,” beritahu hamba.Tetapi... L langsung beliau tidak menghiraukan jawapan itu. Hamba tahu beliau kecewa dengan tindakan hamba ini.
“nak buang hamba ya? Baiklah...terima kasih..,” tut tut tut....telefon terhenti.. Allah..Allah..Allah...sedihnya hati hamba ini...
1message received*
“buang hamba yea..ermm..takpelah hamba tahu hamba tak layak kawan ngan tuan hamba..hamba dah mula rasa tuan hamba memahami..hurmm..baru je semalam hamba katakan,tuan hamba mungkin seorang yang hamba tunggu..tapi..bukan yea..tidak mengapalah hamba redho..tuan hamba jaga diri yah..tutupilah aib hamba selama mana tuan hamba kenal hamba.ini akhir risalah dari hamba yang hina..hina dari segala gempita..mengenalimu satu anugerah tiada bahasa..ampun maaf..selamat hari raya..Salam alaikum wbt..”
Hamba terkedu..apa mampu hamba buat lagi?hamba juga redho..hamba redho..hamba redho ya Allah...kerana hamba yakin.inilah yang terbaik buat beliau dan hamba.. begini derita dan seksanya berpisah kerana Allah itu? Syukur yaAllah Engkau berikan ku rasai semua ini. Kesedihan ini ku harus gantikan dengan penuh kesyukuran diatas ujian2 didunia ini.
Namun,ada satu perkara hamba mahu sampaikan kepada sahabat mulia ini..
“sahabat..kali pertama dikau menjelma dalam detik nadi hamba..hamba terus tersenyum sambil mengatakan..hadirnya dikau adalah ujian untukku..Allah mahu uji tahap imanku, itu aku takuti,..tuan hambalah sahabat terbaik hamba, sahabat kesayangan hamba, sahabat mencari redho Allah bersama,sahabat mulia selamanya, walau persahabatan kita sudah terhijab,ingatlah bahawa pertalian ini tidak pernah hamba putuskan kerana.......KITA BERTEMU BUKAN KERANA KITA MAHU, KITA TERPISAH BUKAN DENGAN KEHENDAK MASING2.INILAH JAWAPAN ALLAH UNTUK HAMBA SUPAYA KITA TERUS MEMBINA JIWA MURNI MENEGAKKAN AGAMA ALLAH...SAHABAT...JANJI SAMA HAMBA, KITA SAHABAT TERBAIK DIAKHIR INI..SAHABAT,HAMBA TIDAK PERNAH JEMU DOAKAN TUAN HAMBA..KERANA HAMBA MENYAYANGI TUAN HAMBA BUKAN KERANA HAMBA CINTA TETAPI UKHWAH KITA YANG CANTIK DAN INDAH INI PERLU ‘DIJAGA’..DIJAGA DENGAN MAKSUDNYA KITA HARUS MENGAMBIL PENGAJARAN DARI KISAH HIDUP KITA INI,BAHAWA KITA HAMBA_ALLAH YANG SANGAT MENGINGINKANNYA(ALLAH) BUKAN KERANA KITA MANUSIA ADA RASA SAMA KITA.. SAHABAT!! DENGAR INI HAMBA MAHU KHABARKAN... ANDA SAHABAT HAMBA SELAMANYA,HAMBA AKAN MULIAKAN TUAN HAMBA SELAMA HAMBA MASIH DIDUNIA INI.SEMOGA KEMULIAAN INI DIPEROLEH DI AKHIRAT NANTI. HAMBA SEMATKAN DALAM JIWA INI SEGALA NASIHAT YANG TUAN HAMBA LONTARKAN ..TERIMA KASIH INI,DAN JANJILAH..KITA AKAN TERUS MENEGAKKAN AGAMA ISLAM INI..DENGAN HATI KITA YANG BANGKIT...BANGKIT BANGKIT...SALAM KASIH SAYANG UNTUK SAHABAT MULIA.<namun masih ada harapan dalam hati ini agar kita kembali bersama :'(>



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.