Sunday 31 July 2011

Buahtangan Buat Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada anda semua visitors blog saya. Melihat kepada tajuk sudah pasti anda dapat membaca apakah isi untuk entry kali ini. Yeargghhh! SEMANGAT RAMADHAN! 
Saya memang sangat2 semangat,anda bagaimana? Saya mengharap dan mendoakan semoga anda juga begitu. 
Jom kita tanya-tanya balik la diri kita samada kita benar2 bersedia atau pun tak? Ada orang rasa best puasa sebab dia nak puasa je.Ada juga seronok sebab tarawikh. Seronok beramai2 ke masjid. Tak kisahlah macamana pun tapi cuba kita tanya diri kita masing2, sedia betul ke kita menyambut puasa untuk tahun ini? 

Setiap orang perlu metakrifkan makna puasa itu dengan betul. Puasa bukan sekadar berlapar.Sebenarnya. Bukan.Bukan.Bukan. Bukan sekadar bersahur. Bukan sekadar letih. Dush! Bukan.Bukan.Bukan. Jom cek,puasa tu ape? Eh sebenarnya puasa ni kewajipan universal untuk setiap umat manusia dan setiap agama memiliki syariat atau tatacara melakukan puasa...haaa dan kita sebagai umat islam dan umat Nabi Muhammad SAW meyakini sepenuh hati bahawa puasa adalah kewajiban yang telah disyariatkan untuk setiap muslim/mukmin...ehmm ingat tu..

Apa tujuan puasa?
Tujuan puasa  seperti yang saya katakan diatas,takpe dengan rajinnya saya taip sekali lagi.hehe. Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dahaga sahaja tau,bukan sekadar bangun sahur>lapar>berbuka.Tetapi, puasa ni sebenarnya dapat mendidik kita menjadi hamba sejati kepada Ilahi,jika benar kita lakukannya dengan ikhlas,bukan tu sahaja keyakinan dan ketauhidan kita kepada Allah juga akan bertingkat-tingkat tingginya, dalam masa puasa ni juga jika kita menghayati dan memahami benar maknanya membuatkan kita terasa akhlak kita terdidik kearah yang lebih baik dan semakin baik.InsyaAllah.Jom didik nafsu kita..ambil peluang ini.

Dalam zaman yang penuh pancaroba ini,terlalu banyak larangan-larangan yang telah dilanggar oleh manusia. Kita sebagai hambaNya harus sentiasa peka keatas diri kita,betulkan apa yang tercacat itu, maintain kan mana yang dah btul dan paling penting dalam bulan ramadhan nilah dapat mendidik kita menjadi seorang yang peka terhadap orang lain. Islam tidak 'busy body' ,tapi demi menjaga kesucian Islam itu,kita harus bersama2 saling nasihat menasihati. Saya tidak kata diri saya bagus kerana saya juga hamba lemah,namun saya ingin bangkit dan saya mengharapkan agar ada orang yang sama bangkit dengan saya,jom sama2 saya untuk bangun mengubah apa yang patut diubah dan diharapkan dengan didikan Ramadhan ini dapat memberi kekuatan kepada kita sama2 bangun menentang kemungkaran, walaupun kemungkaran itu ada dalam hati dan diri sendiri,ya..yang tu lagi payah..bagaimana nak low kan hawa nafsu, up kan iman..jom sama2 kita cuit2 ingat mngingati sesama kita..InsyaAllah..

Masa Yang Berlalu
Pernah saya dikeji kerana macam cakap tak serupa bikin. Kata nak berubah tapi taknampak pun perubahan tu. Saya nak tanya, Hidayah siapakah yang memberi?Setiap berlaku tentulah dengan izin Allah dahulu. Saya sendiri tidak tahu bila Allah memberi Hidayah kepada saya, jika saya tahu tentu tidak perlu saya berdoa siang malam. Ramai juga tidak tahu penderitaan yang saya alami, bagaimana saya tertipu ditipu dan terpaksa menipu dek kerana satu perkara yang saya sendiri keliru dari mana puncanya. Siapa saja yang tahu itu? Itu sebab saya sandarkan segalanya kepada Allah. Semata2 Allah. Pernah dalam kacau bilaunya perasaan saya yang tanpa arah itu,umpama orang yang tiada pedoman hidup,dalam alir airmata, saya pilu,saya berbisik sendiri "aku hanya cinta Allah dan tidak seorangpun". Tolong jangan ganggu saya untuk mencari cinta hakiki. Saya tersiksa. Namun manusia tetap mencaci saya dengan ketidaktentuarah hidup saya itu. Saya hanya mampu bersabar. Biarkan mulut mereka dengan kebusukan lama nanti pasti senyap begitu. Namun cacian tidak pernah henti. Tiada lain terfikir di kotak minda saya : Hanya Allah Maha Tahu. 


Kini saya bangkit bertongkatkan kekuatan yang dipohon dari Ilahi.Saya gagahkan diri saya untuk meneruskan hidup dalam sisa usia yang tinggal entah berapa lama. YaAllah, saya amat bersyukur kerana Allah beri saya peluang. Cuma untuk Ramadhan kali ini saya berazam agar saya dapat melakaukan yang lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya. Inilah buahtangan saya untuk Ramadhan kali ini. Semoga anda juga bahagia seperti saya yang menyambut Ramadhan dengan rasa yang berombak rindu dihati. 
Saya teringat ibubapa saya dikampung. Sedihnya bila saya memikirkan diri saya yang banyak menyusahkan mereka dan mereka terasa terseksa membesarkan anak-anaknya. Dengan penuh duka lara. Saya tak sanggup melihat mereka begitu,dengan wajah kecewa. Saya berazam dalam kemuliaan Ramadhan,untuk melakukan yang terbaik untuk keduanya selagi ada sehingga hujung nyawa saya dan doakan agar Allah lindungi ibubapa saya dan mengasihi mereka.Selamatkan mereka dari apa bencana. ameenn.
~Saya sayang Allah~
~rindu Rasulullah~
~sayang  kedua ibubapa saya~






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.