"Macamana nak jadikan hari ini lebih baik dari semalam?" .Tanya seorang sahabat mulia saya dipagi hari. Dengan segera saya menjawab,
"Tinggalkan keburukan semalam,gandakan kebaikan untuk hari ini"..
Ya saya rasa jawapan saya berikan itu betul!Dengar ni saya nak cerita..sebenarnya... dalam diri seseorang itu, ada terselit satu rasa iaitu inginkan kebaikan untuk dirinya. Percayalah. Orang jahat sekalipun akan terdetik macam tu..pernah satu ketika kenalan saya bertanya seorang yang suka merompak. Dia memang mahir merompak. Bukan kecik2 punya rompak.Ini memang cerita benar. Sahabat bertanya: "Sampai bila nak jadi perompak?"
Dia kemudian menjawab," entahlah..aku sebenarnya dah taknak buat kerja ni..aku dah taknak lagi buat masalah kat dunia ni..akuu...hmm" terdiam .
"ko dah tua Za*** ,sampai bila? Takkan dari muda, ko buat keje ni sampai tua?" tanya sahabat saya.
"tu laa..aku tau.. tulah.."balasnya dalam rasa yang dia sendiri tidak pasti.
"Za, ko mujur,sebab masih de orang yang boleh terima ko kat kampung ni," ..
"ye..aku kalau boleh taknak ar orang kampung tahu kerja aku macamni,aku taknak orang tahu apa kerja aku kat K.L nun!"
"sampai bila Za?" ..dia terdiam.Bingung. Nampak rasa kebersalahan dalam dirinya.
"selama ni aku bagi makbapak aku duit rompak beb!" itu sahaja yang diluahkannya ketika itu.
Nampak tak bagaimana hati seorang perompak yang sudah biasa bermain pisau,parang,dan senjata berbahaya? Namun masih ada dalam hatinya satu penyesalan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu rungkaikan segala belitan yang diciptakannya sendiri yang mengikat diri akhirnya.
Semua orang nak jadi baik...sebenarnya..termasuk saya sendiri..termasuk sahabat saya yang bertanya. Saya mengharapkan satu sinar yang memancar kedalam nadi hidup saya supaya saya sentiasa bermuhasabah...Tetapi ada juga orang yang tak mahu jadi baik.. siapa yang tak mahu jadi baik ni,ruginyaaa???
Orang yang tak mahu jadi baik ialah orang yang suka mencari keburukan orang lain,kerana bila dia mencari keburukan orang bermakna dia tidak nampak keburukannya sendiri dan lebih malang lagi dia telah menggandakan keburukan yang sudah terjelas dalam hatinya. Bagaimana kebaikan mahu singgah untuknya?sedangkan ia menolak? Na'uzubillah.. Walau macamna jahat sekalipun kita,senakal manapun kita ..pencarian kebaikan jangan sesekali tinggal..kita Islam Muslim Mukmin..Mesti cari kebaikan sebab kita nak pergi satu destinasi yang mempunyai dua cabang.. kebaikan dan keburukan! Mana mahu?
Bila timbulnya persoalan sebegitu pada saya..saya terfikir.
#pentingnya muhasabah diri# macam2 perkara berlegar2 di fikiran saya..Allahh.. saya masih banyak kekurangan diri..lantas saya bertanya #susah sangat ke aku nak jadi baik?# ahhh bercampuk aduk dalam fikiran saya ni.. zalimnya aku terhadap diri sendiri kerana menyeksa hati dan jiwa yang sebenarnya mahukan kebaikan. Tapi kenapa?kenapa nafsu ni degil sangat, dah hati nak buat baik,layan jelaahhh.. ni boleh plak nak cari gadoo..padahal duduk sekali dalam tuan empunya diri Aqal. Ya..Saya fikir..aqal yang Allah anugerahkan inilah yang menyelamatkan saya dari segala keburukan.Aqal join hati =insyaAllah best!!
Saya tahu..sahabat kesayangan saya juga tentu sedang muhasabah dirinya. Saya tahu beliau juga mahukan kebaikan untuk bekalannya. Sebab itu beliau tiba2 mencuit saya dengan persoalan itu. Oleh itu saya menjawab dengan pantas...kerana saya sendiri tertampar dengan pertanyaan itu. Saya mahu jadi orang baik... kata beliau..Sahabat.setiap apa bicara mu, saya semat dalam ini..*menepuk dada..dan saya ambil iktibar tiap apa katamu..kata baik2 darimu..Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana menghadiahkan saya seorang sahabat dan memberi kesempatan padanya untuk singgah dalam hidup saya ...dan beliau banyak membuatkan saya berfikir tentang tujuan hidup.. ya hakikatnya..
Sudah berhari2 saya fikir ...saya mahu tinggalkan perkara yang saya rasa sia2 yang tak membawa apa makna dalam hidup saya yang tidak memberi kebaikan untuk saya. Sebab apa? sebab saya hamba Allah..hamba Allah. hamba Allah yang hina disisinya.. :'( saya mahu cari kebaikan itu..mana kebaikan? mana?
saya dahagakannya. Saya rasa saya tertinggal jauh kebelakang dari sahabat2 yang lain.. sikit sangat amalan saya untuk Allah..Bagaimana yaAllah? Beri saya peluang yaAllah,beri saya peluang yaAllah..berilah yaAllah..saya mahu kebaikan..saya mahu kebaikan.saya tetap mahu kebaikan..walau saya hina yaAllah.. :'(
Berikan saya kekuatan yaAllah untuk saya tinggalkan keburukan yang telah lalu..yaAllah tolonnggg yaAllah :'(
Ya Allah...berikan semangat pada saya untuk berkebaikan untukMu kepadaMu kepada kekasihMu pada hambaMu pada makhlukMu ...ya Rahiiimmm.. :'( jangan biar saya sendirian...
Saya harus ulangi ----------->saya mahukan kebaikan dalam Ramadhan ini,tidak seperti Ramadhan yang sebelum<------------ saya harap Allah bagi pada saya..Allah..berilah yaAllah..saya mahu kebaikan. Saya mengharapkan Ramadhan saya adalah yang paling bermakna untuk kali ini..saya ulangi!! Saya tidak mahu pahala tadarus menjadi tunjangnya,saya tidak mahu Qiam menjadi gilaan saya semata kerana Ramadhan, saya tidak mahu ituu..saya mahu Pengampunan! ya Pengampunan..Pengampunan..semoga Qiam,Tadarus,Iftar,Sahur,Menunggu Masa,sabar dan semua kebaikan akan mengampunkan segala dosa saya dengan Allah dan manusia.
Kini..berbuat baik adalah hak milik sesiapa kerana semua orang layak jadi baik..nak dan taknak saja ..satu lagi..kita tak sepatutnya menghukum orang yang jahat itu jahat kerana Hidayah Allah punya..Dia lebih berhak untuk memberi.Terima kasih sahabat saya sebab mengutarakan cetusan rasa itu di pagi hari..:) semoga kita sama2 mendapat kebaikan didunia dan diakhirat dan semoga kita semua sempat melakukan amal kebaikan didunia sebagai persediaan sebelum menghadapi kematian.
Wahai kalian....I Love u All......... <3 mmuahh!!
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (A-li'Imraan 3:104)


No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.