Monday, 25 July 2011

Nilai Kesibukan


Salam kasih sayang Islamiah kepada anda semua yang terbaca blog saya yang masih banyak kekurangan ini. Walaupun banyak kekurangan,tapi saya tetap mahu menaip cerita2 baru saya untuk perkongsian anda. Agak sibuk sehingga tidak sempat langsung nak renovation kat umah sawang ni. Banyak suruh orang yang tukar design gini gitu..ah lantaklah...tu bukan cerita sebenar..yang penting blog ini tidak diposting dengan cerita merapu sudah. Masih mahu mengekalkan cerita2 seni dan kehidupan seharian, maka saya menyambung lagi cerita seni yang berlangsung lepas. Kesibukan dalam dunia seni ini bagaimana agaknya,adakah begini yang saya sedang alami atau lebih dahsyat lagi? Agaknya bakal usahawan beginilah..~^^< (senyum2 kucing)

Suka menyibuk atau kah ?
Kadang-kadang jadi tak paham(buat2 tak paham ) juga ya,sebab saya bukanlah orang yang rajin mencari kerja sewaktu masih belajar ni, belajar pun tak mampu nak fokus, nak keje sambilan pula? Tetapi,mengapakah saya seperti orang yang sudah bekerja? sibuk kesana kemari? Saya mahukah hidup saya begitu? Oh dalam fikiran saya tak pernah pula mahu memikirkan keaktifan saya berlari kesana kemari memenuhi undangan(ceh...konon). Tetapi mengapakah semua itu tidak berhenti? Lepas satu tugas,dapat pula tugas yang lain,dah habis tugas lain dapat lagi tugas baru..siapakah saya untuk memenuhi tugasan yang diberikan oleh orang2 tertentu? hebat manakah saya ini?

Apa yang ada pada saya?
Saya manusia biasa yang tidak punyai apa-apa melainkan apa yang saya miliki kini,iaitu kehidupan. Inilah kehidupan yang saya harus tempuhi. Allah yang berikan saya nikmat hidup sementara ini yang di isi dengan ujian yang kadangkala difikirkan terlalu rumit untuk ditempuhi. Saya hamba lemah Nya yang perlukan pimpinan dariNya. Banyak perkara saya hanyutkan bersama masa yang terbazir begitu saja. Ampuni aku yaAllah. Maka selama ini, kerja saya kosong markah atau bagaimana? Astaghfirullahal-adzim~ .Mungkin ada segelintir manusia suka melihat saya jatuh, suka melihat saya menangis meratap menyesal, suka melihat saya tersungkur tak berbangkit, kerana ada segelintir manusia ini yang memang sangat suka mentertawakan kehidupan saya yang mahu dihancurkan. Astaghfirullah~ itu urusan ia dan keluarganya,biarkan! Saya baru selak buku balik,supaya disuruh husnuzzon.Alhamdulillah,semoga hati saya lekas terdidik dengan nilai agama yang suci. ~Kepahitan yang kau telan itu jangan kau luahkan kembali kerana engkau akan merasa pahitnya lagi,telanlah engkau sehabisnya supaya engkau dapat merasai manisnya keinsafan dihatimu~ ini yang saya biasa tanamkan dalam diri. Sehebat mana manusia mengeji, saya harus berdiri untuk kuat berjalan melawan segala fitnah ujian didunia ini. Bekalkan aku kekuatan dariMu yaAllah.

Allah Maha Hebat dengan Asma'NYa.
Semua yang saya lalui ini adalah dengan keizinan Allah. Saya tidak akan dapat merasai rasa sibuk ini tanpa keizinan Allah.Alhamdulillah Allah beri saya sibuk. Allah Maha Mendengar segala bisikan hati saya. Banyak perkara yang berlaku depan mata saya sendiri telah membuka minda dan pandangan saya tentang kehidupan yang saya lalui.

Cerita VVIP
Hari Khamis malam 21Julai lepas, saya terima mesej dari sahabat yang memberitahu pihak Yayasan Restu telah memanggil beliau untuk interview pada hari Sabtu jam 9pagi,di tempat saya belajar, Yayasan Restu Shah Alam. Dalam hati saya amat seronok tak terkata kerana saya yang suggest beliau untuk mohon kerja sebagai eksekutif Ulum.Alhamdulillah. Dalam hati sudah terfikir2 mahu menyambut beliau Sabtu itu di hadapan pintu besar Yayasan.Sedang mengelamun,dapat pula panggilan dari seorang sahabat seperjuangan ,Hamidahtul Akmal.Perbualan yang ditulis diubah sedikit sebagai memudahkan pemahaman pembaca.
"Assalmualikum, kak,"
"Waalaikumsalam,ye"
"Sihatkah?,"tanyanya.
"Alhamdulillah,"
"Boleh tak ni,esok,ada En.Bob minta kita buat demo khat di PWTC?,"
"hah? kenapa pula kita? bukankah Soleh dan yang lain2 itu sudah ada?,"
"ye, tapi esok mereka tidak boleh,diserahkan tugas kepada kita pula,"
"okey,so?,"
"dua hari,Jumaat dan Sabtu lah,datang Yayasan macam biasa dan Abg Hafiz yang akan bawa kita dengan van Restu ke sana,"
"o, ok,"
Tanpa melengahkan masa saya terus mengatakan YA INSYAALLAH BOLEH.
"nanti pagi waktu subuh tolong mesej kak ye,bila nak bergerak,"
"baik,Mal call teruslah,"..perbualan ditamatkan dengan Salam.
Oh, baru saya teringat sesuatu!Lupakah saya yang saya mahu sambut kawan saya yang datang dari jauh Sabtu nanti? Lagipun dia mengharapkan dapat berjumpa dengan saya.Emmmm..ok! Simple..Saya tak menyemakkan otak saya dengan hal itu. Sampai masa nanti adalah jalan penyelesaiannya.Tawakkal kepada Allah. =)
Bagi saya orang yang berhubung baik dengan saya adalah VVIP saya. Maka saya harus layan mereka dengan sebaik mungkin. Bagi saya ,mudah. Penuhi hasrat sahabat yang baik tanpa alasan yang bercabang!Kerja jadi senang!

PWTC
Saya melangkah kaki ke PWTC jam 10pagi lebihkurang. MasyaAllah banyaknya booth. Saya diberi name tagg sebagai wakil Pempamer untuk Pameran sempena Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa. Entah mengapalah,kebelakangan ini banyak juga name tagg yang saya dah pakai,itu la saya kata tak sempat-sempat!Disebalik itu,saya sedar,ada hikmahnya.Alhamdulillah.Saya tolong KakYus berkemas,sebentar sahaja,kerana saya fikir,tugas saya adalah menulis. Akmal turut membantu Kak Yus. Saya agak failed dalam mengemas ni.hehehe. Oh! Saya perlu promotion kadar segera,supaya orang cepat kenal booth kami.Memandangkan terlalu banyak booth sehingga mencecah angka 100,saya fikir,mungkin agak susah untuk orang mencari booth Yayasan Restu. Tidak mengapalah,sekejap lagi saya keluarkan rahsia tarikannya.Pandangan pertama saya,seperti kurang orang sewaktu saya mula2 sampai,bisik hati adalah masa saya untuk rest dan tiadalah terkejar-kejar untuk menulis.Kebiasaannya,pasti lenguh tangan saya nak menghabiskan tempahan khat. Saya mula mengeluarkan kertas, dakwat, dan handam. Saya hanya conteng-conteng. Ala,kira macam warm-up dulu lah tu.

Keunggulan Aura Khat
Saya conteng biasa2. Akmal nampaknya sudah bersedia.


 Hah,ada satu idea, nak bagi orang tertarik. Saya tulis dengan pena merah <Choose a bookmark and create your own name~RM2.00 only> kalau anda tertarik tak? kompem!!! tak caya..jom tengok!
Hah,kan??? heheheh..dahsyat seni Islam ni..ini lah rahsia tarikan booth kami..jeng3..booth kami paling besar sekali.heheh ..bukan tamak tapi kita antara penaja. Bagi lebih ruang untuk promot al-Qur'an Mushaf Malaysia.

Silihberganti orang yang datang tengok. Rata2 yang datang tu adalah sekadar jalan2,tengok2,tapi jalan bukan sekadar jalan,mereka tak tahu panahan Seni Islam ni. Memang terkedu dan melekat terus,yang syukurnya,berminat dan terus tempah. Satu perkara yang sama berulang, ??.. ingat bolehlah rest,rupanya..takdapat juga..ini semua kerana saya seorang penulis seni Khat Islam...Islam pasti unggul selamanya. Saya menulis dengan syukur islamnya saya.
Saya hanya duduk dan menulis,tetapi banyak perkara yang saya dapat disana.Terlalu banyak. Secara jujurnya,saya memang tidak dapat cam ramai muka orang yang menempah nama mereka kerana mata saya tidak boleh fokus kerana harus menulis dengan pantas(huhu kadang2 kaedah jadi tunggang langgang).
Dengan berdemo dan berniaga inilah saya mengenali seseorang,merapatkan ukhwah,mesra, yang paling ketara ukhwah antara sekreteriat dan exhibitors.Sekreteriat ni juga rajin buat round booth sambil2 beli barang dan yang syok tempah khat di booth kami. Tapi,maaflah Encik2 sekreteriat sekalian, biasanya tempahan khat andalah yang terakhir walaupun anda pendaftar terawal.hehehe.Bukan sengaja,mendahulukan yang mahu segera tinggal tempat itu.Seboleh2 dalam hati penulis2 tidak mahu langsung ada seorang pun yang kecewa dengan servis kami,namun kami juga manusia biasa.Maafkan kami ye.
Tangan saya dah semakin ligat menulis,nampaknya tiada merasalah saya menyaksikan siaran langsung Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa tu. Redho! Mana taknya. Selepas Asar,berderu manusia menyerbu PWTC,untuk menyaksikan siaran langsung itu. Waktu tu jugalah saya rasa makin bertambah kesibukan saya,kerana terlalu ramai orang datang mengerumuni booth-booth. Sesekali saya bangun merehatkan urat saraf yang terlalu bekerja keras. Kasihan uratsaraf saya. Saya taknak ia marah saya sebab tak bagi ia rehat. Saya lihat sudah kurang orang di booth, saya bangun dan rehatkan uratsaraf nadi jantung semualah dan ke surau untuk selesaikan apa yang wajib. Itusajalah masa saya berehat kerana saya tahu sekembalinya saya nanti,pasti sudah ada nama2 baru yang harus ditulis.
Saya tertarik dengan seorang uncle cina yang berkunjung booth kami. Beliau amat meminati seni khat islam. Beliau menempah nama nya dalam jawi.K.K Goh namanya. Bagaimanakah?hehehe..Saya buat slow2. lama2 banyak pula bookmark yang dia tempah,bukan satu atau dua,terus tujuh atau lapan. Bagus Uncle ni,sekurang2nya dia menghormati seni Islam.

Belajar Perkara Baru
Dari aktiviti ini lah saya mengetahui bahawa masih ada insan2 yang menghargai dan mencintai tulisan jawi.Kita juga dapat belajar banyak perkara. Bersabar dengan karenah manusia yang macam2 permintaan yang kadang2 tak mungkin untuk ditunaikan,tapi saya tetap buat yang terbaik untuknya,sehinggakan dia pasrah dan menerima karya saya,huh bukan senang untuk menyenangkan hati orang lain.
Banyak perkara baru yang saya dapat,contohnya,saya perasan yang tulisan khat saya makin baik dan saya rasa kaedah penyusunan saya beransur2 baik,ilmu itu saya lekas dapat hasil dari menulis berulang kali. Contohnya pada nama Nur dan Muhammad. Bukan itu sahaja, saya belajar dari kesilapan lepas dan buat yang terbaik dari masa ke semasa.Terima kasih sahabat saya Muhammad Maimun kerana ada memberi tunjuk ajar.
Maimun sedang melihat Hamidahtul Akmal menulis khat atas Key Chain,yang ni pun makin hebat juga dia...teruskan perjuangan sahabatku.

Satu perkara baru yang saya paling tak sangka dan rasa bertuah kerana Allah mengizinkan saya untuk mengalaminya.Menyambung tulisan atas kanvas yang telah di tulis oleh Ustaz ZulFikri penulis Khat di Yayasan Restu. Seorang Ustaz dari Akademi Darul Huffaz meminta saya untuk menulis nama anak2 muridnya dan nama beliau ditepi kanvas yang dah pun tertulis tu.




Ustaz Syazli bersama anak muridnya. di Darul Huffaz

Hari Kedua
Sahabat saya yang bernama Najmatun Haruddin telah menelefon saya,bertanyakan dimana pejabat Ustaz Fadhli.Saya menyuruh beliau tunggu sebentar,jam sudah menunjukkan jam 9,van tidak akan berjalan tidak lama lagi. Saya menghulurkan salam kepada Najmatun.
"Assalamualaikum"
"walaikumsalam" sambil tersenyum.
"dah lama ke duduk sini?," 
tanya saya,kelihatan ada dua orang wanita menemaninya. Mungkin adiknya dan sahabatnya barangkali. 
"tak jumpa ustaz Fadhli lagi ye," sambil bersalaman antara kami. Diciumnya pipi saya tanda ukhwah yang ikhlas.Saya terharu.Begitu tinggi bayaran yang saya dapat dengan sedikit layanan yang saya berikan?MasyaAllah.
"tak lah," sambil saya melihat office ustaz yang kosong.Saya membuka2 pintu office melihat kot2 adalah staf2 lain didalam.Sunyi.
"takapalah Naj,jom kita pergi ke Cafe,mungkin ustaz ada disana," saya cuba memberikan yang terbaik buat sahabat saya.
"ok baik" dia menuruti. Sambil melalui ke pintu lif,Puan Katerina memanggil saya bertanyakan tentang perihal Kolej,ah saya jawab mana yang sempat sahaja lah,maaf Puan Katerina.Saya menekan2 button lif,terus memasuki lif.
"ni sape ni Naj?," soal saya melihat kepada wajah mirip Naj.
"Adik la," katanya
"o patutlah muka sama sangat,agak dah tu,'
"yang tu sape puilak?," 
"kawan Naj," pintu lif terbuka.Terus saya bawa Naj ke Office pentadbiran.
Saya bawa dia berjumpa Pegawai bertugas. Saya tunggu Naj hingga selesai urusannya.Menunggu.
"eh Dhuha, takpelah kalau ade urusan pergilah dulu,tak ape tinggalkan naj disini,"katanya.
"eh tak ape,naj datang dari jauh, takpe sikit lagi je tu," .Telefon saya berbunyi.
" ye?, okey sekejap,saya turun kejap lagi,saya mahu ambil bookmark, flyers, dan poster dahulu ye, tunggu kejap," ...
"eh Naj, tak pelah ye, setakat ni saja lah Dhuha boleh teman,"
"ok tak ape,menyusahkan pulak lah"
Sambil berbisik Naj berkata kepada saya.
"Nama je interview di Yayasan Restu tapi ,ibuayah tak Restu.hehehe,"
"takpelah cuba dan cari pengalaman,semoga berjaya ye.."kata saya sambil bersalaman mahu meninggalkan Office.Bergegas mengambil barang yang perlu dan menanti Hamidah yang tak dapat hadir kerana pertunangan kakaknya.Saya keseorangan hari itu.Beginilah saya dah macam maknenek.Alhamdulillah,berjaya juga siapkan  walaupun keseorangan.


bila tengok gambar ni terasa macam dah masuk golongan makcik dah ha.

antara Nama yang telah disiapkan..
saya budak baru belajar
berkemas2 hari terakhir..banyak sangat barang yang nak di kemaskan ...saya tak dapat menolong kerana sudah krem segala urat saraf...
Dari kesibukan yang saya rasai ini banyak ilmu yang saya dapat..Apa yang saya dapat adalah ilmu yang sangat berguna buat saya. Dengan mengaktifkan diri dengan penglibatan aktiviti luar membuatkan saya dapat melupakan segala masalah yang melanda dalam hidup saya,dan menjadikan saya orang bahagia dan bersyukur diatas segala kurnia Allah. Tapi, ada satu perkara yang menyedihkan saya apabila kita tidak dapat memberikan yang terbaik untuk orang lain. Orang membayar kerana mahu hasil yang boleh membuatkan mereka berkata "cantik" tetapi bila ada sedikit kecewa pada wajah mereka,memberi sedikit kesan kepada kita. Apapun motivasi diri itu penting. Buat yang lebih baik untuk masa akan datang supaya orang boleh sentiasa tersenyum.=) Inilah nilai tertinggi dalam kesibukan harian saya. ~peace~
Salam sayang~muah2~

1 comment:

  1. masyaAllah, sy suka seni khat..tp hingga saat ini masih blm bisa mahir...tahniah!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.