Tuesday 4 October 2011

My Cute Shoes

Sengaja aku mahu cerita pasal kasut kiut aku yang baru beli kat AEON Bukit Tinggi Klang.hah! Aku memang tak berminat nak pakai kasut ramburamba ni..tapiii tah macamana boleh terpikat makanyaa aku beli laaa...huhuhuh. memang cute lah kasut ni.


cantik kan?



Sememangnya Aku Rindu

Aku rindu blog aku..
Aku rindu instrument dalam blog aku..
Aku rindu,..
Tapi kenapa ada orang khianati aku?
Aku tak faham lah manusia ni,
Kenapa nak dendam dengan aku?
Aduhaiii..
Hati apakah mereka..
Walaupun aku tak sebaik mana..jangan lah
buat aku begini..
Aku tak kacau hidup kalian..
Wassalam.

Wednesday 7 September 2011

SABAR PUN ADA SENI? EHH?

Wahai teman penyejuk hati,
Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-nahl ayat 97 yang bermaksud:

Demi Kami(Allah)membalas orang2 yang sabar itu dengan pahala yang terlebih baik daripada usaha yang telah mereka perbuat

Apa yang boleh saya bicarakan tentang sabar hingga saya sendiri merasai betapa perit dan seksa hidup yang saya lalui sebelum ini hinggalah saya kini mampu memahami mengapa saya diuji.Maka dengan itu,kini, saya mengerti makna disebalik kata sabar itu.
Bagaimana sabar itu menjadi benteng dalam setiap hembusan nafas yang hampir terhenti setelah diuji hebat?

Wahai teman penyejuk hati,
Dengan sabrlah kita kan bangun.walau lemah tak berdaya,walau luka dihati kekal berparut hingga kini,ingatlah sabar menemani setiap saat denyut nadi kita dan jangan biarkan sabar itu hilang pergi.disebalik kesusahan yang kita alami,yakinlah pasti Allah akan memberi yang terbaik untuk kita.Bagaimana para nabi yang mulia disisi Allah,diuji dengan bermacam-macam ujian.semua itu hanyalah iuntuk mengangkat martabat disisiNya.
Bagaimana Rasulullah s.a.w pada awal menyebarkan dakwahnya dalam agama islam,baginda begitu hebat ditentang oleh kaum Quraisy Makkah.Baginda menerima cacian dan tuduhan dari kaumnya itu.Malah mereka menghalangi baginda dalam menyebarkan dakwahnya.Namun dengan kesabaran yang tinggi yang ada pada Nabi s.a.w,baginda dapat menolak segala cacian,kutukan,cercaan dan halangan.sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Demi Allah!seandainya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan dikiriku supaya aku meninggalkan tugas ini(dakwah)tidak sekali2 aku mahu meninggalkannya,sehingga diangkat darinya oleh Allah atau aku mati kerananya”

Bagaimana sabarnya Nabi Ayub a.s menderita sakit yang sangat teruk,sehingga isterinya berkata kepadanya, “mengapakah engkau tidak memohon meminta disembuhkan oleh Allah dari penyakit yang telah engkau hidapi berpanjangan itu?”.jawab nabi Ayub a.s, “tidakkah engkau tahu bahawa aku telah merasakan senang selama 70tahun?jadi tidakkah kita boleh bersabar merasa susah selama ini?”.Sehingga tidak beberapa lama kemudian,sembuhlah Nabi Ayub dari sakitnya.

Wahai teman penyejuk hati,
Percayalah kataku,
Dengan sabarlah kita memahami hakikat hidup ini,
Dengan sabarlah kita merasai Allah yang memberikan segalanya,
Dengan sabarlah semakin utuh keyakinan kita kepadaNya
Dengan sabarlah hati yang keras bisa menjadi lembut,
Dengan sabarlah kita dapat merasai kenikmatan dan kebahagiaan disebalik ujian yang telah Allah berikan.
Sabar itulah dari Allah yang dihantarkan kedalam hati2 orang yang dikehendakiNya.
Sabar menguatkan jiwa kita dan sabar adalah anugerah yang takterkira nilainya.



nak sabar pun kena berseni...seni apa?