Saturday 19 March 2011

JANGAN AJAR AKU KURANG AJAR

Aku memang tak suka nak cari pasal dengan orang. Berbelas tahun aku praktikkan dalam diri aku yang aku harus bersikap mulia dan berakhlak mulia, aku tak berani nak melawan orang, aku tak berani nak tengking2 orang, walau orang buat aku macamana sekalipun aku tetap sabar. Dalam hidup aku tiada istilah dendam dan cacimaki orang.

ORANG MAHU HANCURKAN HIDUP AKU
Aku menjalani hidup dari kecil sampai besar penuh ragam dan corak. Paling menarik di zaman persekolahan bila bersama dengan kawan2, tiada yang paling menyeronokkan selain dapat bergelak tawa dengan kawan2. Sepanjang di zaman sekolah aku tak pernah jumpa lah kawan makan kawan . Setakat bergaduh2 tu tak de ape la rasanya,esok baik balik,tapi sehingga aku melanjutkan pengajian di kolej, satu pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan telah berlaku.

AKU MEMANG 'GILA2'
MUngkin sikap aku yang gila2 ni membuatkan orang sakit hati,mana lah kita tahu ada yang tak senang pulak tengok kita yang asyik ceria 24jam,yang suka membangkitkan suasana, selalunya ,kalau tak ada aku,tak lengkap,tak ada kawan2,tak lengkaplah juga hidup aku. Susah senang kami bersama. KElebihan dan kekurangan juga dikongsi bersama , aku! memang tak ada taruh perasaan cemburu pada kawan2 aku,cuma menganggap mereka sebagai satu saingan untuk aku,itu je! dengan sebab itu,aku nampak seperti seorang yang ego!tak tahulah.Rupanya,ramai yang sakit hati kat aku dan cemburu sebab aku top 3 kat tempat pengajian tu.alahai time tu aku punye pointer 3.70 je...bukan 4.00 pun!tu pun nak sakit hati, aku pun sakit hati jugak kat orang ,tapi aku hanya fikirkan yang positif je,'buat yang lebih baik dari orang lain,kalau dia boleh aku juga boleh'.
KAWAN MAKAN KAWAN

Tak sangka aku ,kawan baik sendiri tikam belakang.Serta merta benci kat aku terus tanpa aku tahu sebabnya.Dalam kebingungan aku menangis ,kenapa kawan yang aku percayai selama ni buat aku cam ni, burukkan nama aku ,fitnah aku,sisihkan aku dan pergi sebarkan cerita2 kosong pada orang lain yang tak berkaitan. Tapi aku masih sabar,aku jalani hidup macam biasa dalam hostel yang dah macam ape tu.Dulunya ada ruang untuk solat berjemaah tapi sekarang,tidak lagi,mereka buat hal sendiri.Aku sendirian!Hari-hari aku kena maki,paling aku tak boleh lupa sekali bila aku terpaksa dengar cacian mereka untuk aku,
"ee,perempuan jenis ape tu tah,muka tak malu,berlagak pandai,konon la bagus sangat" 
"tak tahulaaaahh"sahut pulak yang lain.
"wei korang nak tahu tak?" tanya sorang budak ni,sengaja mencari topik
"dia tu,anak orang miskin, tah datang dari keluarga mana tah," yang lain tolong gelakkan aku.
"dia tak sedar ke dia tu,kita yang pungut?, kesiaaaannn,..nampak macam budak miskin sangat!" aku tahan telinga,aku sabar! Aku memang tak pernah jumpa orang sejahat macam ni,..terlalu kurang ajar.Pernahkah mereka melihat keluarga aku? Pernahkah mereka mengetahui bagaimana ibubapa aku membesarkan aku? Yang paling aku terkilan,ada diantara rakan aku yang bersekongkol dengan mereka,adalah orang susah,tidakkah dia terasa? 
Dengan apa yang terjadi,segala rasa kasih sayang aku pada rakan2 aku semakin hilang,aku teraniaya,aku amat2 kecewa.Aku cuba untuk mengekalkan rasa sayangnya aku pada kawan2 aku tapi,mereka benar2 tidak menginginkannya.Aku sendiri tak tahu apa salah aku pada mereka.
FIKIRLAH YANG ALLAH BERSAMA KITA
Lama kelamaan aku tidak kisah,orang pinggirkan aku tetapi aku sentiasa yakin yang Allah tidak pernah meminggirkan hambaNYA yang meminta.Mungkin ada hikmahnya.Aku positifkan minda,bahawa ujian berat yang aku lalui bukanlah satu halangan untuk aku teruskan hidup tetapi ia sebagai latihan pengukuhan jiwa untuk aku terus bersemangat melaksanakan kehidupan didunia dengan rasa sederhana.Biarlah yang berlalu itu berlalu ditelan zaman,yang pasti aku sendiri terus mendapat pengajaran dari apa yang terjadi.
KURANG MEMPERCAYAI ORANG LAIN
Setelah sekian lama peristiwa itu memenuhi ruang rutin harianku,aku langsung hilang kepercayaan kepada mereka.Aku membawa diri,aku langsung tidak mengendahkan mereka,bagi aku mereka hanya bertegur denganku hanya kerana mempunyai motif2 tertentu dan ingin mentertawakanku,aku pernah baca buku,kata nya"tinggalkan saja manusia yang boleh menjatuhkanmu" jadi,aku tinggalkan.Bukan dengan mereka sahaja aku tidak percaya malah dengan orang lain pun aku kurang percaya.Dahulunya,aku mempunyai ramai kawan, sekarang ,aku hanya ada kawan yang benar2 setia denganku.Aku tak mahu sombong,tapi keadaan membuatkan aku terpaksa berhati2,takut terkena dua kali.

SEORANG BUDAK LAKI 
Aku terdengar2 riuh rendah suara adik-adik di luar bilik,aku tanyakan apa halnya,
"ada budak laki ni,pinjam handset Im tapi tak bagi2 lagi,dia taknak bagi,tadi dah jumpa kat pekan tapi dia taknak bagi,dia bagi handset buruk kat Naim,yang Im punya dia ambik,"
"nset yang mana?"
"Nokia tu lah"kata adik aku yang sorg nih.TApi handset Nokia tu memang best,harga pun lebih kurang seribu lebih.Lebih lagi,Im beli sendiri dengan duit nya.Aku geram!!! Sesuka hati pulak budak ni boleh ambik handset adik aku dan tukarkan dengan handset dia yang memang dah terlalu lama.Tak berbaloi!Adik aku ni plak lembik yamat!
"Dia budak mana?" aku tanya.
"entah,"jawab Emi.
"mana nombor telefon dia?"
"meh sini" adik aku pun terus bagi nombor budak tu.Aku apalagi!!
"Helo budak,hey,kau ade ambik handset adik aku kan?apsal kau tak bagi balik?"
"haah,ada,ala,sory la,dia kata tu handset dia,"
"memanglah tu nset dia,masalahnya yang kau tak bagi balik apesal?senang2 hati kau nak ambik,wei ko bagi balik nset tu,"aku marah2,tah pasal ape mood aku menggila pulak,
"ye.ye ar kak,t saya bagi balik ar,okey2 saya minta maaf"
"sukahati kau je nak minta maaf macam tu" aku marah2 dan marah2..marah lagi dan marah..tapi akhirnya aku berhenti..sebenarnya marah ni tak elok,mengotorkan kebersihan jiwa kita je,sian kat budak tu,dah kena marah.Adik aku pun satu,tak pandai nak nilai orang.Orang hanya tahu nak menipu je.Sebenarnya,aku taknak marah2,tengking2,tinggi2 suara dengan orang ni,memang tak elok.Tapi,kenapa bila aku dapat tahu ada orang teraniaya macam yang pernah aku kena dulu aku jadi marah sangat,aku benci orang yang suka aniaya dan menzalimi orang lain.
YaAllah,ampunilah dosaku,kerana menyakiti hati seorang budak lelaki.








No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.