Monday, 1 August 2011

Again breaking fast with RayyanNur Danish

Salam 1Ramadhan buat anda semua..
Bagaimana buka puasa anda?harapannya semoga semua bagus dan barakah. Kali ni cerita sempoi punya laaa..Sebab bila Si Bijak ni dah start ngengada dia dan banyak sangat celoteh membuatkan saya suka pulak nak cerita..ahhahha..nilah rupa Si Ngada Raiyan yang banyak ragam,banyak keautaannya,banyak kepsikoannya,banyak ngada nya yang buat kami terhibuurrr.kadang2 geram juga..hehehe

 ni time dia kecik2..sangat tembaaaaaammm..geram ehhhh!!

ni pulak time dia dah besar

Begini cerita Si Comel ni..
Masuk je rumah setelah sampai dari Shah Alam,terus dia sambut saya dengan kedatikannya..Apa itu 'datik'? Ni la masalahnya, semenjak2 ni datang pulak ngada-ngadanya,mulanya elok je dia panggil saya "Acik" tetiba pulak ditukarnya semua panggilan menjadi "Datik". Bukan saya je..mama dan papa dia pun habis ditukarnya,konon2 nak jadi "baby-pelat" mama dah jadi "neinei" papa puulak dah jadi "tehteh" aduhaaaiii apekehalnya budak Raiyan ni? bukan penyakit tu je, dia ni pantang orang panggil baby.dia akan mengoyangkan kakinya macam baby la konoonn.bertuah punya Raiyan.

Saya merehatkan badan dibilik dalam tempoh menunggu azan maghrib. Saya selesa duduk di suatu sudut yang agak sempit ruangnya,hanya untuk saya.Menyorok ditepi meja laptop saya sambil bermesejan bersama sahabat2 yang mengucapkan Salam Ramadhan.Sudahlah tempat tu sempit,ditambah kerusi yang dah memang menyempitkan lagi ruang tu,lagi sempit.Saya hanya diam disitu.Pintu bilik diselak.Oh budak nakal ni dah dataaaanngg!! Dengan membawa makanan di tangan,dia melihat saya duduk dicelah2 antara kerusi dan meja laptop. Saya tidak menghiraukannya.
"Datik"  hahahah.mula dah diaa.Saya sekilas pandang.
"Datik" panggilnya lagi.
"Datiiiiiikk" dengan reaksi muka nakalnya itu...saya ingatkan ape yang dia mahukan.Rupanya! Dia merapati saya dan menolak kerusi yang ada disebelah saya dan dia duduk dicelah kerusi tu jugak.Nak tiru macam saya. Hey..orang nak duduk situ dia nak duduk ,orang nak duduk sini  dia nak duduk.
"Hey,Ayen, tak puasa ye.."
"Ayen dah buka puashe dah!" katanya sedikit pelat2 manja.
"mana boleh,tak azan lagi," kata saya menguji nya.
"A..ay.ayen da poshe..ayen dah makan,"
"ayen makan ape?" tanya saya,sambil memarahi(manja2) nya supaya jangan letak makanan diatas kerusi.
" Ayen dah makan,"
"Ayen makan ape tu?"
"ni Ayen makan roti kabak," hahahahahhaa..tau ke ape tu "roti kabak"???
saya ingat ape lah.rupanya murtabak.ROTI KABAK pun roti kabak lah....heheheh..
"bukan roti kabak,murtabak la Ayen"ajar saya.
"cuba sebut,mur..taaa..bak.."
"rotikabak" lagi sekali..hahahahaha..

Berbuka puasa untuk utamakalinya dihidangkan dengan pelbagai makanan. Azan telah pun berkumandang.Saya mengambil kurma terlebih dahulu. Macam2 ada, saya makan sedikit popia, maka nasi dan ayam percik. Saya memang tak boleh nak makan banyak.
"papa,Ayen nak kompam" aikss..ape nih??
"Ayen nak ape?" tanya saya
"Ayen nak kompamn" ulangnya.
"bukan kompam. Kurma." beritahu papa.
"kungma" sebutnya..ahhahaha..terimala hakikat Raiyan,awak tu memang budak kecik lagi tau..heheheh berlagak macam orang dewasa konon.
Saya tengok Ayen suka sangat makan tepung pelita.Sedap betul nampaknya,tapi saya dah kenyang jadi lainkali lah. Ayen meminta rotikabak kegemarannya(konon je raiyan ni) itu pada papanya.

ni raiyan dengan mama dan papa dia...kerekk jeee macam dia sorang ada papa n mama....ahhaaha..

"papa nak roti kabak lagi" terus papa menghulurkan kepada nya. Dia tak habiskan rotikabak tu, tapi dia letak kat atas rak tv kemudian seronok bermain dengan 'bigcar' nya..
"Ayen,nape tak habis murtabak tu" tanya saya.
"tanak ah..pedas" ewah2 tahu pulak dia ye pedas.Tapi nak makan pandai,ohh berlakon besar nampaknya si Raiyan ni.
"Ayen suka rotikabak" beritahunya..
"eleehhh suka konon, yang buang atas2 almari atas kerusi tu kenapa?" saya menyoal. Saya ingat dia tidak memberi respon ape2.tapi...
"letak atas kushi?"
"biar Ayen tengok" sambil menjenguk kedalam bilik saya yang terbuka. Pandai betul dia ni.macam2 kes dia kasi psiko membuatkan papa mama n Datik nya macam kena g rawatn psikik... heheheh.
nak diceritakanpasal Ayen ni memang tak habis banyak sangat benda2 yang buat kami ketawa.
hey Raiyan2..buka pose ngan awak ni buat kami tak kering gusi. Saya bingkas bangun untukmaghrib dan bersiap untuk Isyak  dan tarawikh bersama Mama&papaRaiyan di surau bawah. Raiyan??? kemana? heheheh dia telah dihantar kerumah pengasuhnya di tingkat 1.. Balik dari tarawikh,...tidoooo plak diaa...pastu bila dia dah bangun tidoooo...argggghhh dia buat kami gelak lagi dengan lucu2 nya..hahahahaahah..
~cayang ayen..muah3~
mesti dibalas dengan jelingan manjanya..hahaha.."eeeeeeyyyy" balasnya sambil tersengih ala miang..hihi

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.