Setiap ujian Allah bagi tu ada hikmahnya.Apa yang berlaku dalam setiap diri kita itu juga ada hikmahnya. Ingatlah ! walaupun anda berbisik didalam hati bahawa anda mahukan Allah dari yang lain, ingatlah Allah Maha Mendengar.
Bagi saya ,Allah sedang mahu mengampunkan saya kerana saya hamba degil kepadaNya. Saya mohon Allah ampunkan saya kerana saya telah bersalah kepada Allah. Ya Allah...=( hati saya sangat hiba. Wahai kalian, bolehkah saya utamakan Allah dari kalian? patutkah saya tumpu Allah dari kalian? Wajibkah saya dahulukan Allah dari kalian yang sentiasa istimewa dalam hidup saya? Kini saya sedih. Sedih bukan kerana saya takut tiada teman,bukan kerana sedih mahu dipinggirkan kalian,atau sedih kerana kalian membenci saya. Hiba hati saya kerana baru kini saya mahu hiba,sepatutnya saya harus hiba dahulunya, namun saya hamba penuh kedhaifan. Saya kerapkali jatuh. Namun saya bersyukur, diwaktu saya sungkur itu,memang tiada manusia yang mampu bangunkan saya seluruhnya dan membimbing saya sebaiknya,walhal dengan insan-insan yang saya sanjungi. Siapa bangunkan saya? Allah . Allah. Allah. Ya Allah...Maha Penyayang nya Allah. Sedangkan saya jarang berkasih sayang dengan Allah. Allah tetap sayang hambanya hina ini.
Ya Allah, terima aku yang hina ini, hatiku tiada pada yang lain melainkan Engkau, ya Allah hatiku bukan untuk lelaki-lelaki, hatiku bukan untuk teman-teman duniawi, hatiku bukan untuk manusia-manusia yang laghaa..yaAllah andai aku lagha dari ingatiMu sedarkan aku, andai aku melalui lorong salah,tarik hatiku kembali pada jalanMu, ya Allah..pelihara aku dari pesong hati ini,pelihara aku dari lari dari niatku, wahai Allah Maha Berkuasa Segalanya.

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.