Saturday 30 July 2011

Soal Hati

Entah mengapa kedatangan bulan Ramadhan ini,hati ku semakin sayu dan tersangat rindu dengannya. Saya terlalu menanti kedatangan Ramadhan ini. Mengingati Allah, sambil menyebut nama-nama Nya. Alhamdulillah, aku diberi izin Allah untuk menulis sedikit coretan yang terbuku di dalam hati. Sayu sekali lagi. Entah mengapa terdetik untuk menulis cerita-cerita yang mahu dibangkitkan dan ditampal ke blog ini. Mungkin kerana terlalu fikirkan segala masalah yang sukar diselesaikan. Tiada siapa tahu, melainkan Allah. Tempatku curahkan segala hitam putih yang terbuku dibenak hati ini. Rindu pada ketenangan. Rindu pada kegembiraan yang sebenar. Rindu untuk menjadi diri yang dahulu. Bukan diri yang sekarang, penuh dengan kepahitan, kesakitan. Sakit. Allah saja yang tahu betapa sakitnya ku simpankan segala kerumitan yang sukar sangat untuk aku lelapkan dalam sekelip mata. Soal hati,. sememangnya, bukan senang untuk kita nilaikan.<terima kasih Ainina>
Amat sukar untuk diterjemahkan dengan kata apa yang terlubuk dihati. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang ku rasa ini. Ingin ku soal diriku,mengapa kamu? Ingin ku tanya hatiku,mengapa kamu? Mengapa kamu? Mengapa kamu? Mengapa kamu? Aku menganiaya hati ini dengan menyakitkannya dalam ia derita menanggungnya. Aku membuat hati kecewa, aku membuat hati pedih dengan apa yang ku tanggung. Berat benarkah masalah ini? Ya Allah, tunjukkan aku jalan cahayaMu. yaAllah ..aku ingin menangis di hadapanMU, aku terseksa menyimpan semua ini dalam hatiku, inginku luahkan segalanya dihadapanMu,terima aku yaAllah.
**********************************************************************************


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
Ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan, 
Sekalipun aku seorang yang berdosa,
Wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah,
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku,
Jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu,
Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan 

Untuk dosa yang tidak akan terhapus ini,
Bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
Dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah 

Dan ni'mat itu kepadaku,
Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku,
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu,
Sekiranya Engkau ampunkan aku, 

Ampunkan dari kederhakaan,
Kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku,
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, 

Aku tidak akan berputus asa,
Sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka,

Dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
Tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
Dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu....

Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
Yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Dan keampunanMu yang mendatangi hamba..
Meninggikan dan memuliakan (martabatnya).



I LOVE ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.