Friday 18 March 2011

10 Mata Demerit

Perjalanan hari ni rasa macam agak membosankan,dari pagi aku keluar berurusan dengan pihak Jabatan Pembangunan di Kolej Islam Darul Ridzuan,untuk tujuan penyewaan dewan utama. Keputusan masih tidak menggembirakan aku sebab ada risiko juga kalau pihak kolej nak guna dewan waktu tarikh yang aku booking ,so serta merta majlis aku tak jadi,kena wat kat lain,ahhh,,tak mengapa lah lambat lagi tu, insyaAllah ,tak memeningkan kepala aku. Cadangnya juga aku nak tanya terus Dekan Fakulti Pengajian Bahasa sebab nak anjurkan kursus di sana.ah tapi memikirkan mungkin tak sempat so aku nak pergi makan dulu, singgah kedai makan yang satu ni, kedai ni memang aku suka pergi sebab sup diaaaaa....masyaAllah sedapnya. So, untuk tadi ,aku order KUew Tiow Soup..lazat!Alhamdulillah.
 Sementara tunggu orang habis sembahyang Jumaat, aku sempat menghabiskan sup tu dan merayau sekejap ke kedai pakaian,nampak sepasang telekung , just deposit, seminggu lagi ambik.Hah!!(duit yang semakin laju habis macam air lalu). 


SINGGAH DI MASJID RIDHWANIAH
Tak sah kalau aku tak singgah solat di masjid dulu menunaikan solat Zohor. Lepas sembahyang selesai aku rehat sekejap,letih sangat rasanya bawak motor ni. sedang aku baring- baring, elok pulak la dengar suara orang menjerit, sudah! Aku kata. ada orang gila pulak ke,kata hati ni, sudahlah di dalam kawasan masjid tu memang ramai orang kurang siuman yang tidur,jadi tanpa lengah-lengah lagi aku terus bangun dan tanggalkan telekung . Keluar. Start motor. Balik rumah.


HUJAN SEPERTI MAHU TURUN
Aku sempat menyiapkan kerja  di laptop. Sebenarnya aku ada tugas yang lain.membeli sengkuang untuk buat popia dan mengambil sepupu di MPKK, tapi hati rasa tak sedap,tak tahu lah kenapa, aku nak pergi tapi berat hati, kata mulut,takut hujan turun lebat di pertengahan jalan,hakikatnya aku ada rasa lain dari itu yang aku sendiri tak tahu kenapa aku berasa begitu.Hujan rintik2.


MENUNGGANG MOTOSIKAL SEPERTI BIASA


Selamba menunggang motosikal di jalan raya seperti biasa sementara dalam hati sentiasa menyebut kalimah basmalah dan berdoa sebagai perlindungan. Hati sendiri berkata, selamat perjalanan dengan minta perlindungan.
Tapi, sebagai manusia biasa apatah lagi makhluk Allah yang amat lemah kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
 Tiba di satu simpang di tengah pekan, aku terserempak dengan polis trafik yang memberi arahan supaya aku berhenti,aku dengan muka selamba,terus ke parking dan sempat lagi menjawab panggilan sepupu. Pegawai meminta aku menghulurkan lesen memandu(apa dia ingat aku tak ade lesen ke ha?) dia tengok2 aku, dengan muka tak bersalah aku bersembang2 dengan kawan aku yang kebetulan parking di kiri aku,samapai tak dengar aku di panggil nama oleh polis,dimintanya pula kad pengenalan(apa dia ingat aku orang asing?tak de my kad?)aku bagi.dan aku sambung balik topik kosong aku dan kawan aku tu. 
Tiba2, "Shamsuddhuha Bt Ahmed Rashidi" ye! aku jawab dengan selamba. "sign sini" hushhhh...aku kena saman beb? kawan aku tuh kata kat aku " tu lah ,kalau dalam tempoh percubaan ,jangan bawak" ah aku fikir tak logik n tak bernas langsung apa yang dia kata,aku tak setuju!!lantas aku pun berkata, "polis je kak,bukan ade ape ngan polis ni, depa bukan malaikat puuuuuunn!!" hahahha ,pakcik2 polis tu dengar aku cakap, aku tercakap kuat,betullah kan,buat apa nak takut dengan polis? yang perlu kita takut, kita sendiri yang tak jalankan undang2..(cakap lebih2 pulak dah)..yaaa...aku sekarang dah disaman oleh polis trafik tu..atas alasan, tak lekat P, hah????? aku tengok kat motor aku, tak ade P? looooo,...P aku dah tercabut sih,kena hujan, aku sedih gile..tapi aku wat nohen je (kata orang kuala.) aku bagitahu encik polis , saya tak sedar lah encik bila P saya cabut,selalu saya tengok memang ada je. Allahuakbar! baru2 ni aku tengok memang P ni nampak macam dah nak tercabut sikit,aku ingat bertahanlah sampai aku betul2 singgah kedai nak ganti baru..


SEDIH + REDHO
Aku sedih sangat sebab aku memang tak pernah kena saman pun,ini lah pengalaman pertama dalam hidup aku semenjak2 aku nak meningkat kedewasaan ni,aku rayu jugak,aku bagitahu yang aku sendiri tak sedar bila P tu tak ada,tapi...tidak diterima puuuuunn!dalam sedih2 tu aku redho denagn apa yang dahpun terjadi tanpa aku sangka2.Aku terpaksa sign resit tu.
"encik ,ni nak buat camana pulak ni?" aku tanya polis tu.
"bayarlah"
"lo?berapa pulak ni?" aku tanya lagi.
"pergi check internet" ,kata polis yang sorang lagi.
"hah? macamana?"
"ataupun senang, dalam tempoh yang tercatat, pergi bayar kat kaunter je,tanya kaunter."kata polis muda ni pulak.
"kaunter mana pulak?" aku betul2 tak tahu.
"kat sana lah "menunjukkan arah belakang.
"pejabat polis nun?"
ye...kata polis tu.. lantas aku pun beredar melipat resit..aku tengok orang ramai tengok arah aku.aku pun memandang mereka,
"MACAM-MACAM" hahahaha..aku cakap!dan blah dengan selamba sebab nak beli sengkuang! aku ambik sepupu dulu.


BUKU KPP
Aku selak2 buku KPP,mukasurat 101,nombor 1 dalam table nombor 3 , gagal mempamer plat P dihadapan dan belakang kenderaan,10 mata demerit! %^&**#$????aku pening2 dah ni.
mana2 pemegang lesen memandu percubaan yang telah mengumpul 10mata demerit akan mengakibatkan lesen memandu percubaannya dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ.


TARIKH TAMAT "P" SEBULAN LAGI.
Apa yang harus aku buat sekarang?dapat kah aku lesen memandu kompeten?untuk aku terus memandu kereta dan motosikal untuk masa akan datang?


MUNGKIN ADA HIKMAHNYA
Walau dalam apa jua situasi yang kita hadapi,kita harus tabah dan redho dengan apa yang telah berlaku,mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang kita lalui itu, Oleh itu,aku positifkan diri, tenangkan minda,dan kongsikan bersama anda, sebagai luahan perasaan,supaya aku dapat belajar untuk lebih redho,lebih redho,dan sentiasa redho dengan ujian,tak mengapalah,Allah tidak pernah mensiakan hambaNYA yang meminta kepadaNYa,jadi tersenyumlah!MUNgkin ada hikmahnya,kan semua????

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.