Dah menjadi kebiasaan dalam keluarga kami,masak yang sedap2,habistu ,nak buat macamana,bapak aku seorang yang pandai masak,hush,aku memang tak boleh lupa kalau bapak aku masak ape2 jenis lauk lah,contoh ,ikan sardin sambal ke,ayam masak merah ke,huhuhu,paling best ikan talipia beb!sedap giler. Buat bakar,sebab yang sedapnya tu bukan ikannya tu,tapi air asam nya tu memang takkan dapat pada tangan orang lain. LAgi satu, aku ni jenis tak minat sangat makan bihun goreng or bihun sup,asalkan bihun2 lah,tak tahulah kenapa,tapi kalau bapak aku yang buat bihun goreng ,kompem aku makan sebab sedap dan lain dari lain,heheh,maksudnya aku takkan makan bihun yang orang lain masak kecuali dari airtangan bapak aku sendiri. Tapi kalau ada majlis ape2 atau bertandang rumah orang ,diorang dah hidang bihun tuu,,aku terpaksa telan jugak la,demi nak jaga hati si penghidang tu,hehehe. Eh2, berbalik pada cerita kita tadi tu, disebabkan bapak aku pandai masak, aku belajar sikit2 dari bapak aku cara2 memasak. Kalau ada kenduri memang aku dan adikberadik aku tolong masak sekali.Oleh itu,semua adikberadik aku memang pandai masak dan yang penting sekali ialah...sedap!!
Satu perkara yang memalukan bila bapak aku yang masuk dapur untuk masak something untuk keluarga. *tueng-tueng-tueng*. Kes naya beb! Bukan pasal kitorang malas,atau bapak aku terlebih rajin,tapi, bapak aku tengok tade sape yang nak asapkan dapur,so dia tak tahan tengok makanan tade. Dia masak daaa... aku teringat bila aku tengah sedap2 masak kat dapur,*tong-tang-tong-tang* tiba2 bapak aku pun datang ke dapur,
"haip! pegang sudip bukan macam tu", aku terpinga2. takut pun ada. Bapak aku punya lah garang. TAk betul pegang sudip pun dia tegur.
"lainkali,macamni pegang sudip,buat kerja biar cerdik sikit,kalau pegang macam ni baru betul,(sambil menunjukkan cara pegang yang betul)
"ye pak!" aku kata.
Itu zaman kecik2 aku,waktu tu darjah 6 kot. Berjinak2 dengan dunia kedapuran. Aku terbiasa masak dari usia 10tahun. Sampai besar,aku masak,masak,masak lagi dan masak lagi.Orang kata masakan aku sedap. Seperti yang kita tahu, masakan yang sedap ni selalunya kandungan garam dan gulanya banyak. Belum ditambah dengan kolestrol lagi.Ada juga adik beradik aku cakap aku 'kuat makan garam gula' dalam makanan. Sekarang aku cuba untuk kurangkannya.Oleh sebab itu,aku tak selalu masak sangat. Alasan!!!
Nak jadikan cerita , satu hari adik aku yang nurse ni balik kampung. Dia ni memang rajin la bab2 mengemas rumah ni. Habis segenap penjuru lama rumah dia 'setle'kan. Aku? haha..tetap sempoi macam tade perasaan. Dia ni juga suka sangat memasak.Tibalah satu part sewaktu makan malam.
"weh,banyak gila makanan," kata aku.
"ni mak bawak balik, yang ni,yang ni,yang ni, mak yang bawak tadi," kata adik aku,jannah sambil menunjukkan bermacam jenis lauk pauk yang sedia terhidang di atas meja.Kami makan bersama2.
" adik,meh makan,"
"ye,adik nak makan la ni,"kata adik bongsu aku,achu. Tengah sedap2 kitorang makan, tiba2 achu sendawa.Si Nurse terus berkata,
" hah tu, banyak kolestrol lah tu,"
"hahhhhh???" aku tersentak.$%*(^&..apa kaitannya?
"kalau kita sendawa waktu tengah makan,tu tandanya dalam makanan kita tu banyak kolestrol,"kata si NUrse.
hahahahahha..aku pening2 je fikir. Tak pernah pulak aku dengar.
"kalau kita sendawa waktu tengah makan,tanda ada kolestrol dalam makanan kita?," aku ulangi.
"ye," jawabnya ringkas. Aku tetap terpinga2. Tiba2,achu sendawa lagi.
"hah! tu banyak kolestrol lah tuuu!!! ," si nurse , achu dan adik2 aku yang lain terus ketawa. Lagi sekali achu sendawa."errrgggkkk"
"achu makan kolestrol" kata kami.,.hahah. Macam2.
************************************
Alkisah nak dijadikan cerita yang berantai2,dalam masa lebih kurang sebulan begitu adik aku yang si nurse ni balik kampung lagi.Seperti biasa,baru je sampai dia akan terus fikir apa yang dia nak buat. Paling tidak dia kan kemas bilik dia dulu, kebetulan aku tengah demam jadi tak larat nak kemas bilik dia yang aku duduk.huhu.
Aku demam selsema.Sempat aku kirim Panadol soluble kat dia.Dia bagi aku 4 biji,katanya bawak dari Hospital KOlej dia.hahaha.Nurse~nurse!macam2 ada.Nasib baik tak hangkut First-Aid terus.
Aku mintak tolong Jannah bawakan air suam untuk aku.Aku nak makan ubat.
"eh chik,kalau demam,minum air sejuk,"kata Si Nurse.
"hah? air sejuk ape?," macam tak kenal air pulak aku ni.
"air sejuk lah,"kata dia.
"achik minum air suam tadi,"aku kata.
"taaakk. Jangan minum air suam. Minum ais,cepat sembuh," kata Si Nurse. Lagi sekali aku terpinga2.Yang selalu aku dengar,jangan minum ais waktu demam,nanti pening kepala,batuk dan sebagainya.Tiba2 aku dapat pulak fakta dari Si Nurse nih.Adoi.
"minum ais sejuk yang dalam peti ais tu?,"tanya aku.
"haah"
"kenapa pulak?,"
"sebab air yang sejuk,menyejukkan badan,air yang panas,lagi panas la badan,".Kata2 ni disokong oleh ramai ahli dalam rumah aku.
Siapa yang ajar dia?heheheheh.
*************************************
Demam aku dah ok sikit. Aku ceria macam biasa.Kami bersembang2 didalam bilik beramai-ramai bersama Yob dan Uda.Adalah sedikit kisah keluarga.Si nurse bersembang pula dengan JAnnah dalam bilik achu,hanya mereka berdua.Aku gatal2 memotong perbualan diorang.Terus menuju ke almari bercermin milik Achu.
"weeiii, gusi aku bengkak ar!".
"hah!sapu planta," kata Si Nurse.
"hah??????," lagi sekali aku rasa aneh2 je.
"yeee.." bagitahu dia penuh ke'excited'an.
"ko biar betul?,"kata aku hairan.Memang aku tak pernah dengar.Betul ke yang dia belaja ni.hahahah.Aku pandang dia sambil gelak2.Last2 dia pun ketawa sekali.Dia tahu apa yang ada dalam kepala otak aku ni.
Hahah..hai..sejak dah belaja nursing ni,macam-macam petua yang tak pernah aku denagr,semua dia dah tahu,mungkin ada benarnya,sebab aku bukannya belajar nursing pun.heheh.Tapi tulah,memandangkan kali pertama aku dengar,jadi cam kelakar pulak.BUkan nak kata Si Nurse ni tak betul ke , lecturer tak pandai ajar ke, ilmu sesat ke ape ke, tapi nak menceritakan betapa banyak benda yang aku tak tahu lagi.Selagi takde orang lain yang memberitahu kefaktaan yang sebenar kepada aku,selagi tu aku bingung &*#$%@ macam ni..huhuhu..
to adik aku >azierashie>teruskan usaha ,belajar sampai berjaya ye..
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.