Wednesday 27 July 2011

Tipu daya syaitan

Sempat aku membaca sebuah buku yang bertajuk 'Al-bayan Fii Madkhilisy Syaitan'
mukasurat 23..ada tajuk kecilnya ditulis(diringkaskan);

BERITA TENTANG MAKHLUK BARU
Pada waktu tersebarnya hikmah Ilahi untuk menciptakan khalifah di muka bumi ini,agar dia menyembah dan beribadah kepada Allah, Allah mengemukakannya kepada para malaikat.

Dalam firman Allah bermaksud : "sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlaifah dimuka bumi " surah al-baqarah 30

Kerana tidak ketahuan malaikat akan rahsia hikmah Ilahi disebalik penciptaan khalifah,maka mereka berkata :
"Mengapakah Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau." <al-baqarah: 30>

Allah menjawab sikap keberatan mereka(para malaikat):
 "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." <al-baqarah:30>

Untuk memperlihatkan kepada para malaikat bahawa makhluk baru itu memiliki kelebihan(keistimewaan) yang tidak mereka miliki,yakni keistimewaan ilmu pengetahuan , maka : 
" dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya,kemudian mengemukakannya kepada para malaikat,lalu berfirman : "sebutkanlah kepada-Ku nama bendabenda itu jika kamu memang orang-orang yang benar." <al-baqarah:31>

Setelah pertanyaan tersebut,mereka (para malaikat)mengakui kelemahannya didepan Tuhan mereka.sehingga dengan penuh kerendahan dan pengagungan terhadapNYa mereka berkata :

"Maha Suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami,sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ." <al-baqarah:32>

Ketika itulah Adam diperintahkan untuk memperlihatkan keistimewaan(kelebihan) yang merupakan kelebihannya dari mereka(para malaikat),dengan firmannya:

"Hai Adam, beritahukanlah kepda mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman : " Bukanlah sudahKU katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan(tampakkan) dan apa yang kamu sembunyikan?" <al-baqarah:33>

Lalu sebagai penghormatan kepada makhluk baru ini, Allah s..w.t menyuruh para malaikat sujud kepadanya.

PERINTAH SUJUD PADA MAKHLUK BARU
" Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat;" sujudlah kamu kepada Adam!" maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir." <al-baqarah:34>


Seluruh malaikat sujud kecuali Iblis, dan sejak itulah ia membencinya dengan rasa dengki dan sombong. Sedangkan Adam ketika itu masih belum mengangkat senjata antara dia dan iblis.
Allah menanya mereka(iblis):
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud(kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?"<al-A'raf:12>

Dengan penuh rasa sombong(ego) dan dengki ,ia menjawab:
"Aku lebih baik daripadanya,Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." <al-a'raf:12>

Iblis kemudiannya menetapkan langkah-langkah pertama untuk membalas dendam terhadap manusia dengan mengajak bersama-sama kedalam neraka Jahannam. Lalu dia meminta tangguh kepada Pencipta sampai hari kebangkitan agar dia dilepaskan dari maut,sebab pada hari kebangkitanitu tidak ada kematian. Iblis berkata :


" Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan." <Al-A'raf:14>

akhirnya Allah memberi tangguh sehingga hari kiamat sahaja:
"Allah berfirman: "(Kalau begitu)maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,sampai hari(suatu)waktu yang telah ditentukan." <al-Hijr:37-38>

Dan tidak akan diberi tangguh sedemikian rupa kalau tidak kerana kesombongannya terhadap Allah. dan sedikitpun tanpa rasa takut dalam usahanya menyesatkan manusia.


SERANGAN BERTUBI
Ia datang.
"Ha.ha.ha.ha..." mengilai tawanya,mempermainkan saya dalam tidur. Langsung tidak boleh saya biarkan.
"Hey Syaitan!!!" gertak saya.
"Kau pergi dari sini,jangan hampiri aku," masih berdegil. Saya sudah mula berasa sakit. Jahannam punya syaitan. 
"Kau keluar dari sini(dalam tidur saya),kalau tak aku seru nama Allah" .Syaitan itu masih berdegil! ah dengki sungguh kamu sama manusia ya. Dalam tidur pun suka ganggu.
"syaitan!!! pergi kau!aku takkan sekali2 terpedaya dgn kamu! aku tidak akan mengikut kamu!" saya rasa geram.amat2. Lantas saya menyeru nama Allah.
"Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!" sehingga saya terjaga dari tidur dalam tercungap2 seolah baru lepas berlawan.Dalam jaga mulut saya masih menyebut Allah. Sehingga saya sedar sepenuhnya,saya menyebut "Astaghfirullah". Saya ambil air membasuh kemuka.Letih.
Tidak kuat jugakah keyakinan saya memagar diri seperti selalunya?bisik hati pula.
Saya dapat merasakan syaitan itu lari keluar dari mimpi saya. Perkara yang paling saya tak suka,inilah!Gangguan yang selalu menjelma dalam tidur saya.
Syaitan akan berusaha keras mahu memperdaya manusia supaya sesat mengikutinya. Sebagai anak keturunan Adam yang ia musuhi,saya akan cuba sedaya upaya menghalangi syaitannirajim ini dari menganggu hidup saya.

Sudahkah anda tahu bahawa Iblis Syaitan ini memperdaya manusia secara beransur2. Dalam buku yang saya baca,terdapat catatan ini.
Iblis menempuh enam tahapan secara beransur-ansur sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Qayyim berikut:

Tahapan pertama:kejahatan ,kekufuran,syirik dan penentangan terhadap Allah.
Kalau iblis dapat kalahkan manusia dengan hal tersebut,ia mampu melepaskan keletihannya bersama orang tersebut. Ia akan selalu berusaha untuk mengkufurkan,mensyirikkan dan menjadikan manusia menentang Allah sehingga berjaya. Bila berhasil,dijadikannya sebagi bala tenteranya.Tapi,bila iblis sudah putus harapan,kerana diantara manusia ada yang sudah Islam sejak dalam kandungan ibunya,beralihlah ia kepada tahap kedua.>jom baca yg ni plak.

Tahapan kedua:kejahatan bida'ah
Bagi Iblis.bid'ah lebih disenangi daripada kefasikan dan perbuatan maksiat,kerana negatif yng ditimbulkannya dalam(kehidupan)agama merupakan bahaya yang kompleks serta dosa yang tidak terampun.Bidaah merupakan arus balik dari seruan dakwah para rasul kerana bidaah adlah seruan kepada apa yang bertentangan dengan ajaran-ajaran syariat. Ia adalah pintu kekufuran dan syirik.Bila Iblis berjaya menjadikan seseorang melakukan bidaah maka terlantiklah ia sebagai keluarga besarnya.Apabila ia tidak mampu menyeret manusia pada tahap ini dek kerana manusia telah menjadikan Allah sandarannya dan menentang pelaku bidaah,syaitan akan menyeret manusia pada tahap ketiga.

Tahapan ketiga:kejahatan dosa2 besar dengan aneka ragam
Tahap ini adalah tahap paling gigih diusahakan oleh Iblis.Apalagi sasarannya adalah orang alim yang menjadi ikutan. Syaitan akan menjerumuskannya kelembah dosa supaya orang ramai tidak menyukainya,lalu menyebarluaskan dosa2 dan menimbulkan keraguan orang ramai mengenai si alim tadi yang asyik bertaqarrub kepad Allah,sedangkan dia wakil Iblis.
Bagaimana jika mereka tidak menyebarluaskannya?Tentu mereka tidak perlu diberi nasihat.Cukup dengan mematuhi Iblis dengan mengerjakan maksiat dan dosa.
Dosa2 ini walaupun mencapai awan dilangit adalahs angat mudah bagi Allah,dibanding dosa2 mereka.Dosa2 orang itu merupakan kezaliman terhadap dirinya.Bila dia memohon ampun kepada Allah,Dia akan mengampuni dan menerima taubatnya,lalu mengganti kejahatan-kejahatannya dengan kebaikan.Bila syaitan gagal pada tahap ini ia akan memindahkannya pada tahap empat.

Tahapan keempat:kejahatan dosa2 kecil
Dosa2 besar bila dikumpulkan akan mendatangkan kemusnahan,sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"hati-hatilah kamu terhadap dosa-dosa kecil.Sesungguhnya perumpamaan dosa-dosa kecil itu seperti suatu kaum yang singgah di tengah-tengah sebuah wadi(lembah). Mereka datang dengan membawa sebatang kayu, dan datanglah pemilik kayu hingga mereka membawa roti mereka yang dimasak dengannya.Sesungguhnya dosa-dosa kecil bila selalu dikerjakan oleh pelakunya akan membinasakannya."(sahihul Jami'us Saghir,jld.2 ,hlmn.386)
Maksud Hadith itu adalah: bahwa setiap orang daripada mereka datang membawa sebatang kayu bakar sehingga bersama2 menyaklakan api yang besar. Dia akan selalu melakaukan dosa-dosa kecil kerana meremehkannya,sehingga pelaku dosa besar yang cemas akan dosanya itu lebih baik keadaaanya daripada dia. Bila seseoran hamba telah mematahkan tahapan syaitan yang keempat ini.syaitan pun menyeretnya ketahap yang kelima.

Tahapan kelima:kejahatan kesibukan denagn hal-hal yang mubah
Yakni kesibukannya dalam hal yang mubah yang tidak berpahala dan tidak mendatangkan dosa,tetapi boleh menghilangkan pahala akibat sibuk dengan hal yang mubah tersebut.
Bila seorang hamba dapat menewaskan syaitan pada tahap ini kerana dia amat menjaga waktu,memanfaat sebaik-baiknya,tahu kadar dirinya dan tahu pula tentang akibat membuang waktu maka syaitan akan berpindah kepada tahap keenam.

Tahapan keenam:kejahatan kesibukan dengan hal-hal yang utama dari yang lebih utama.
Iblis menyibukkannya dengan amal yang diutamakan dari amalyang lebih utama untuk menjauhkannya dari keutamaan dan agar ia kehilangan pahala amal utama tadi.Maka Iblis menyuruhnya untuk melakukan amal kebaikan yang diutamakan,menegrahkan seluruh perhatiannya padanya,lalu orang itupun meninggalkan apa yang lebih utama dan lebih tinggi darinya. Sangat sedikit orang yang menyedari hal ini.
Bila seorang hamba dapat mematahkan iblis dalam keenam-enam tahapa ini,Iblis akan menggunakan pula manusia dan Jin daripada golongannya untuk mempengaruhi dengan pelbagai godaan,gangguan,pengkafiran,penyesatan,dan pembidaahan. Semua ini agar ia lupa dan lalai lalu dengan demikian mereka para pembantu syaitan/iblis ini mampu membisikkan fikran jahat kedalam kalbunya dn menyerang fikran-fikrannya.
Apabila orang mukmin itu bebas dari kekuasaan para pelaku kebatilan dan syaitan-syaitan yang berbentuk jin ataupun manusia,ketika itulah dia akan memakai baju besi untuk peperangan sehingga tiba ajalnya.

MasyaAllah..kuat sungguh ujian didunia ini. Marilah sama2 kita tambahkan iman dan kuatkan iman kita supaya tidak terkalah dalam setiap tahap syaitan.






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.