Friday 29 July 2011

Pengharapan Dalam Ramadhan

Ya Allah,
Untuk ramadhan kali ini,
Jatuhkanlah aku dalam cinta suciMu
Jatuhkanlah aku dalam kasih ma'firahMu
Jatuhkanlah aku ya Allah,jatuhkan aku..
Dalam bening rindu terhadapMu

Ya Allah, 
Ramadhan kali ini,
Aku mahu menebus segala dosaku,
Dosaku yang terdahulu,
Dalam kejahilanku melupakanMu,
Dalam kekusutan hilang punca,
Penuh tragedi terselit duka,
Seksa menanggung derita luka.

YaAllah,
Ingatan dalam Ramadhan kali ini,
Aku tidak mahu lagi,
Melangkah dalam kesesatan tanpa arah,
Memijak racun merosak hati,
Membunuh rasa kemanisan...
Cintaku terhadapMu,
Membakar seluruh rinduku kepadaMu,

Ya Allah,
Ingatan untuk Ramadhan kali ini,
Aku tidak mahu lagi terpedaya,
Aku tidak mahu lagi terseksa,
Aku mahu ada cinta dalam hatiku,
Aku mahu ada rindu dalam benak fikirku,

Ya Allah,
Jangan tinggalkan aku,
Pimpin aku yaAllah,
Bawa aku yaAllah,
YaAllah,ikat aku dengan kasih sayangMU,
Balut aku dengan Cahaya-MU.

Ya Allah dalam tangisan hati ini,
genggam aku yaAllah,
Lindungi aku yaAllah,

YaAllah,
aku selalu lupakan Mu
aku selalu leka dari ingatiMu,
aku selalu ingkari syariatMu
Tapi Engkau selalu ingatkan aku,
Engkau selalu menjentik hatiku,
Engkau selalu memberi peluang kepadaku,
Ya Allah,ampunkan aku,=(

Ya Allah,
Tangisan ku,
Ku alirkan dari kelopak ini
UntukMu,
KepadaMu,
Terimalah yaAllah airmata ku,
Gantikanlah dengan kebaikan
Dari dosa2 yang telah aku  lakukan,

Ya Allah,
tidak cukup aku bersujud padaMu
hanya dalam satu waktu,
aku rindu padaMU,
hatiku inginkan cintaMU,
jaga aku dari cinta selain dariMu,
yaAllah...ya Allah..yaAllah..
terima pengembalian ku..



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.