Salam Kesenian keseteruskalinya, setelah berpenatan untuk program Festival baru2 ni, ni baru ada masa nak conteng2 balik.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.
Aku sengaja pilih tajuk ni,sebab aku terdetik hati untuk post dalam ni.Bahaya buruk sangka? memang sangat bahaya..Dalam notes FB aku aku letakkan ia dengan ayat sebegini.
Manfaat Berbaik Sangka
Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.
Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.
Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.
Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.
Ruginya Berburuk Sangka
Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Q.S Al-Hujuraat : 12
Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi
Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda :
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari
Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.
Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.
Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "
Entahlah kadang2 bila difikir2kan..memang sangat tak guna untuk kita meneruskan perbalahan hati,walaupun tidak pernah bercakap dengan seseorang yang kita rasa membenci kita, hakikatnya kan,semua yang datang dalam hati kita ni ,adalah bisikan2 syaitan dan hasutan2 nya serta nafsu yang menyelubungi hati kita. Ahh syaitan memang suka mahu kita gagal..mahu kita jatuh terus tersungkur tidak bangkit..sedangkan apabila hasutannya itu berjaya mengheret seseorang itu ke neraka,Syaitan melepas tangan menyalahkan kita mengapa mengikutinya sewaktu didunia. Salah kita,bukan salah syaitan,kerana kita diajar bagaimana Ahh..kan sudah terkena kita pada waktu itu? Bayangkanlah betapa besarnya rasa sesalan kita waktu tu? habistu,kita nak lagi meneruskan perbalahan yang entah bila akan berakhir?
Aku tertanya2, bagaimana hati seorang sahabat yang sanggup menjual2 cerita,sedang aku langsung tidak mahu mengambil tahu langsung tentang hidupnya lagi. Mungkin dia juga masih dalam kekeliruan?sedikit termakan hasutan syaitan yang sentiasa menyucuk2 hati yang Islam? Disitu terlihat betapa sukarnya maintain iman. Walhal dirasakan luarannya mukminah. YaAllah..sampai bila harus kita begini? Permasalahan Islami-an hari ni itulah, amal selalu, ibadah sentiasa, tetapi mengapa sukar benar menjauhkan buruk sangka?
Buruk sangka selalu hadir dalam hati,sehingga menutup segala kebaikan yang ada pada orang lain dan ada padanya. Manakan tidaknya,kita hanya nampak keburukan orang lain sahaja..kesilapan kita ? Tidak kita peduli? Tetapi manusia ini(termasuk aku jugalah) selalu degil dan keras hati,tidak dihirau tentang kesan dan akibat dari buruk sangka itu. Eishh cuba kira berapa banyak dah kita buruk sangka?? TAk kisahlah dengan sesiapa pun, walaupun kita tak bercakap dengan orang lain,tetapi berbisik hanya dalam hati sendiri,itu juga dikatakan buruk sangka,buruk sangka dengan Allah?ada ...bukan tidak ada..
Buruk sangka ni datang dari mana?
Kurang syukurnya kita kepada Allah dan kurang berterima kasihnya kita kepada manusia..
Mungkin jarangnya mengucapkan Alhamdulillah dalam setiap apa nikmat yang Allah beri, mungkin jarang mengucap terima kasih kepda setiap manusia yang memberi kita.memberi ?? YA..kritikan itu memberi, teguran itu memberi, tohmahan itu memberi, sinis itu memberi, perli itu memberi, tetapi selalunya kita balas dengan apa? dengan buruk sangka lah...sedar tak? Tak sepatutnya kita kata begitu kepada mereka yang memberi. Kerana mereka2 inilah merupakan teman sepatutnya kita ada..memberi komen terhadap kesalahan yang kita lakukan.
SAHABAT YANG BAIK ITU BAGAIMANA?
Sahabat yang baik adalah sahabat yang paling jujur dan ikhlas berkawan dengan kita,bagaimana?
1. Waktu pertama kali berkenalan,dia sudi membalas salam dengan berjabat tangan ,dan tidak melepaskannya dengan cepat.
2. Dia tidak banyak mengambil tahu tentang peribadi kita dengan soalan yang bertubi2. Menghormati kita. Bertanya pada perkara yang perlu sahaja.
3. Tidak menceritakan keburukan orang lain pada kita. Kerana akan nampak keburukan dirinya.
4. Tidak mengumpat kita dari belakang bersama orang lain.
5. Hatinya sentiasa tenang bila berhadapan masalah persahabatan,dan tidak menyalahkan sesiapa dalam situasi tertentu.
6. Sudi menyelesaikan masalah secara berdepan.Face to face.Kerana kejujuran tergambar disitu.
7. Masih menghormati sahabat yang ingin melihat ia jatuh.
8. Mendoakan kebaikan dunia akhirat sahabatnya walaupun sahabatnya telahpun melupaknnya.
9. Redho ia setelah berjumpa dengan sahabat itu walaupun telah berpisah,sekalipun ia tidak pernah merasa menyesal.
10. Lupakan keburukan sahabat,berbaik sangka dengannya,memberi maaf kepadanya.
Itu antara2 nya lah..banyak lagi tapi aku kongsikan sedikit. Walaupn aku pernah kecewa dengan sebuah persahabatan, hanya aku berfikir, mungkin ada hikmahnya buat aku dan mereka.
Berdoalah semoga perhubungan kita dengan sesiapa berlangsung atas nama Illahi..semoga Allah berkati dan ampuni kita..ameenn..gift of words special to Hamidahtul,Izzati, Ainul, Ainina, Aisyah ,Intan Hafizah, Ina Ismail,Zalifah, A'idah dan Farah.
Ina n Me sehingga kini saya tidak tahu beritanya =(
Hamidah ..Semoga kasihsayang kekal selamanya..=)..sahabat yang sudi tegur kesilapan saya,Alhamdulillah..MAy Allah bless u honey.
Zalifah > Ina = semoga Allah merahmati kita semua
Ina >Farah >Akmal
Semoga kalian dirahmati Allah
Hamidah,Izzati ,Ainul, Ku Shams
Aisyah, Ainina, Izzati, Ainul...=)
Salam Sahabat~





No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.