Monday, 4 July 2011

Ilmu dan pengalaman itu memang penting.

Saya masih teringat kenangan ni masa saya masuk pertandingan khat tahun lepas. Sekadar ingin mencuba dan untuk menambahkan lagi keyakinan dalam bidang ini. Kalau dah minat tu tak boleh nak buat ape dah..waktu latihan mula untuk pertandingan ni,agak kekok sikit al-maklum la tak reti nak susun nye macamana kan. Mintak tunjuk ajar dari sahabat iaitu Soleh Abu Bakar,yang dapat johan kategori ini. Ini pengalamn pertama saya la dalam bidang khat ini. Kecik2 dulu dah biasa dah tapi, yang dewasa ni,tak merasa lagi,bila masuk je Kolej Restu,terus disuntik semangat Khattatah..heheh ..tahun ni insyaAllah saya nak masuk juga lah pertandingan,tapi bukan untuk menang,untuk cari pengalaman je,kalau ada rezki tu MasyaAllah..Allah je yang Tahu. 

Cuma untuk tahun ni,saya msuk kategori Ummul Quran, tak seperti tahun lepas, tahun ni kena buat design sendiri ,corak2 dia warna dia,huh,susah juga tu,memandangkan saya pun masih baru belajar Seni  Zukhruf dengan pensyarah saya Pak Saheh tuu..dan kategori lagi satu iaitu adaptasi bebas,maka saya try la buat kanvas,huk3 tu pun tak pandai juga tuuu...saya cuba jelah,nak dapat pengalamn dan kritikan,kena la buat dulu baru boleh dikritik.kalau tak kita tak tahu tahap mana kita . 

Eh2 ,ada satu lagi kategori saya nak cuba, Produk Seni Kreatif Islam..pun tak harapkan kemenangan,cuma ambil pengalamn dan hasilkan benda baru yang bermanfaat ,juga sebagai idea untuk msyarakat. Tengoklah pameran produk saya tu kat Festival Kesenian Islam di Yayasan Restu nanti,,..^^)

 Untuk wajah kali ini saya juga tidak tahu bagaimana rupanya pulak..heheh..doakan saya eh??? terima kasih.
Akhir sekali saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada ahli keluarga yang sokong karier saya.Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.