Jumaat yang indah aku mulakan perjalanan meninggalkan sebentar kampung halaman untuk menimba sedikit ilmu di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah ,Sham Alam. Esok , Seminar Rawatan Islam siri 1,insyaAllah akn berlangsung disana.
Sebenaryna dah lama aku teringin nak pergi seminar ni ,tapi, tempat-tempat yang mereka buat semua jauh2. Pastinya, aku berdoa semoga ada rezeki untuk aku menimba ilmu. Alhamdulillah!! Termakbul juga akhirnya.
CHOP!! Iklan sat...memandangkan penceramahnya adalah Ustaz Mohamad Fauzi Mustafa.heheh.best dengar dia berceloteh kat Alkuliyyah tv3. Tanpa membuang masa !!
DAN..SEBENARNYA
Sebenarnya, aku datang ke Shah alam bukan sekadar itu,malah lebih. Aku ada satu tugas yang diamanahkan oleh bapa aku,VVIP Encik Ahmed Rashidi untuk menghantarkan sesuatu kepada adik aku yang berada di Mantin. Sebenarnya, aku kena pergi ke Mantin, hantar barang kat dia,tapi, fikir2 jauh gile weeehh, so aku suruh budak nurse tu datang je lah Shah alam . Dia ok! Mudah kerja saya!huhu.Esok dia teman aku tido sini. Mesti dia best sebab bilik ni macam hotel.hua3.
KAMAR MUSAFIR
Aku ingat nak tidur rumah kakak aku di Klang, malangnya, dia pulak balik kampung mak mentua dia,tak merasa lah aku main2 ngan Ayen. Tak pe, tak kesah lah sangat tu. Itu bukan tujuan utama. Aku terfikir sesuatu. MASJID. Apa kata kata aku tidur masjid? Yeaarrghh baru nampak macam orang bermusafir kan?? “Tapi saya bukan tidur di merata2 sekitar masjid tu”.
Bila dah di syorkan seorang sahabat,maka itulah muktamadnya.Kamar Musafir!nak tengok klik sini. Memang best tempat di ,dalam kawasan masjid. Murah. Bilik ok. Ada kafe. Selesa.ehmm best3..azan dengar. Harap2 aku dapat Subuh esok dekat bawah(dewan solat )
Bila aku berada disini , terasa terbuka minda sejenak merenung masa depan dan yang paling penting, kearah mendekati Allah. Almaklum ,duduk di masjid banyak membuatkan aku berfikir, sampai bilakah dunia ini? Sempatkah aku beramal mengendong pahala,menampung jiwa yang penuh dosa alpa? YA begitu.
Sungguh aku menikmati saat begini, kerana ia penuh ketenangan. Kadang kala kita amat memerlukan sedikit waktu untuk merenung. Maka dengan sebab itulah aku memang suka mengunjungi masjid2 yang sempat aku kunjungi.
Kepada sesiapa yang berminat dan nak kongsi minat yang sama cam aku,jom,kita ke masjid dan sekurangnya kita dapat solat sunat 2rakaat di setiap masjid yang kita kunjungi.
Itulah erti perjalanan hidup ini,yang makin singkat dan terlalu singkat sehingga kadangklala kita merasakan yang kita tak sempat nak buat apapun,melainkan hanya mampu berkata “ kejap sangat masa berlalu”
Selagi masih ada waktu, isikan nurani sepenuh2 amal iman dan taqwa.
YaAllah, berikan kami umat Islam kekuatan untuk melawan fitnah akhir zaman yang amat dahsyat
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.