Wednesday 30 March 2011

Mengapalah kita terpisah diwaktu hati setia dan tertumpu?....dan kenapa perhubungan ini seperti tidak pernah terputus? sedangkan aku sudahpun mengalami bermacam penderitaan hidup sepanjang ketiadaan mu, adakah dulu salah aku??Menghancurkan kesetiaan yg tulus pada hati yg tidak pandai menipu,.atau?Propaganda yang diwujudkan dengan kehalusan?Sampai bila aku harus melalui kebinasaan?Nampaknya seperti menghancurkan?.....dan adakah airmata ini munafik???...ataupun menipu diri sendiri?? sedangkan aku mahu mencipta perubahan baru dalam hidup ini mencapai kebahagiaan yg abadi menuju Allah,tidak pernah terdetik menduakan Ilahi,tapi,aku ketinggalan mengejar kasihNya yang sentiasa terbuka,yg pernah aku rasa jarak incinya cuma senafas Dia berada,namun tidak pernah ku salahkanDia atau mahu menyoal kepadaNya."mengapa Dia pisahkan kita?" ...
setelah pelbagai perkara berlaku dalam hidup ini,kadangkala membuatkan aku hampir hilang arah dan kewarasan akal...pernah terjatuh sehingga tidak mampu untuk bangun sendiri,sehingga dicampak Nur dalam hati,sendiri aku melangkah mencari pedoman, disitu...aku sentiasa terserempak dgn mu ,mungkinkah???...engkau ciptaan buatku?
Kasihan menerpa di sanubari ,jauh di ruang sayu,aku!!seperti bukan yang terindah untukmu,kerana itu runtuh yakinku untuk meneruskan kehidupan bersama,kerana aku bukan sanjungan sendiri..aku masih mencari,di mana aku tika ini,,dulu pernah aku hilang identiti,hilang lenyap!! Terselamat cuma sebentar setelah perasaan diragut penipuan dan menghiris hati hingga hampir aku mati. Namun aku tidak menyalahkan sesiapa,dendam dalam hati telahpun aku padam dengan kemaafan terbuka untuk sesiapa...bisakah mereka terlepas dari ku? atau bisakah aku terlepas dariAllah?
...Dan kerana semua yang berlaku menghancurkan rasa kasihku dan hilang kepercayaan ku..pada segenap manusia ,dengan sebab itu juga aku mungkin kehilangan hidupku,pernah aku memperbaiki kasih sayang ini ku hulurkan pada insan yang ingin ku lihat mereka bahagia denganku,masyarakat dikelilingku,namun!lagi sekali aku dipukul teruk oleh amukan perasaan manusia pendengki,yang tidak bisa melihat aku tersenyum walau sedikit,namun aku tidak ambil peduli fitnahan mereka sebutir2..Aku, di mana? Dan kini aku mengapa?Hati terusik membisik menginginkan seorang yang benar2 dapat membimbingku..bimbingku?dulu mungkin aku mengharapkan seseorang tapi setelah ku rasakan sendiri,tidak ada sesiapa yang dapat memberikan aku kekuatan melainkan pertolongan Allah dan kehendak diriku sendiri.Mungkin dulunya aku menharap padamu,tetapi,pengharapan tidak berguna lagi kini,kerana aku bukan sang puteri,kerana aku bukan bidadari,aku bukan penyejuk hati,aku bukan  terapi qalbi,untukmu lagi,kerana aku masih hina disisi Allah, aku bukan lagi istimewa di kalangan sesiapa,aku hanya hamba hina yg muncul dari padang gersang terbiar langsung tidak pernah dijejak,kerana direntap rasa sanjung dariku,kerana  aku!mencipta diri!
“Maafkanku, kerana malangnya nasibmu kerana menjumpai  si hina durjana,sebegini rupa hodoh perilakunya, kurang elok adabnya, malang selalu hadir padanya,mendekatiku umpama racun berbisa,menyayangiku seperti sia2,kerana aku merasakan aku hina dan tidak sepatutnya bertapak pada hati manusia mulia....”
Namun Tuhan,jangan lah kau pinggirkan aku,dalam linangan airmata ini,yang tidak tahu mahu kuberikan pada siapa melainkan hanya padamu lah Allah satunya tempat aku kembali, ya Allah,kau terimalah taubatku ini,dalam kesesatan yang aku lakukan ,jangan sekali kau jauh yaAllah disaat aku perlu sentuhanMu,saat aku perlu dakapan cintaMu,ya Rabbi,kau terimalah taubatku,hilangkan dalam hati ini,segala prasangka buruk terhadap manusia,hilangkanlah yaAllah segala kedengkian dan kebusukan hati kepada anugerah yang Engkau berikan pada manusia lain.
                                     ~oleh Aas ~

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.