Wednesday, 30 March 2011


Kasih sayang tidak akan pernah hilang dari hatiku kerana kita bertemu kerana Allah dan Kita berpisah dengan izinNya...



 Sahabat.,
Kenapa kau diam tanpa suara,
Tatkala aku derita?
Mengapa dalam hati ini masih ada rasa belas kasih pada mu sahabat?
Sahabat..
Walau menggunung kau benci pada ku,
Aku tidak akan sekali membenci mu seumur hidup ku ini,
Sahabat,
Aku yakin ,
Kita akan bertemu kembali suatu hari nanti,
Kerana ,
Kita bertemu kerana Allah,
Berpisahnya kita juga dengan izinNya,
Bukan kerja siapa,bukan tangan manusia,
Tapi dengan izinNya,
Oleh itu aku yakin duhai sahabat,
Kau pasti kembali,
Suatu masa nanti,
Aku tidak kan pernah menunggu mu,
Tidak sekali mengharapkan mu ,
Asalkan kau sudi menghulur senyum padaku,
Dari jauh dan semakin jauh,
Walau tangan tidak berjabat,
Jangan sekali kita pisahkan hati,
Jangan sekali menafikan rasa,
Bahawa kita sahabat yang pernah bersama,
Yang benar2 istimewa!!!dalam sejarah persahabatn di dunia..
Aku amat yakini..

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.