Wednesday, 7 September 2011

Pernah Aku


pernah satu masa 
aku punya dia
aku punya mereka
aku punya sesiapa
dengan lembut hati
dengan sopan jiwa
aku mengikat ukhuwwah

pernah satu ketika
aku hilang dia
aku hilang mereka
aku hilang semua
dengan rakus merentap
dengan dahsyat menyentap
dusshhh!!!
jantung bagai mati
tika tidur 
hampir ingat
aku telah tiada lagi..

Allah beri padaku
untuk merasai
detik maut mengcengkam 
dan kini aku tahu 
hikmah disebalik itu
mengapa aku hilang
mengapa aku melayang

aku harus kuat hati
melawan segenap hasutan
menangkis segala kemarahan..

ALLAH AKBAR!!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda dengan bahasa yang indah. Jangan sesekali memburukkan sesiapa diruangan ini . Terima Kasih.