Pernah tak main dango? Dulu waktu kecik2 seronok main dango-dango ni. Ia seperti permainan tradisional ilmiah sewaktu aku kecik dulu. Bukan ape...kalau main dango, habis satu kawasan rumah kitaorang adik beradik round. Buat dango,berlakon ada urusan jualbeli,berlakon ada keluarga,memasak. Semua lengkap.Tu yang dikatakan ilmiah.Sebabkan dango ni juga la aku tahu dunia masak.Tahu buat keje. :p Nak tau tak camana kami main dango dulu? Pernah satu hari kakak2abg2 aku plan.
"Jom esok kita buat dango,"sikakak1.
"Jom,nak buat yang macamana?"sikakak2.
"buluh lee.."abg1.
"mana cari buluh?,"sikakak2.
"moh kita redah hutan,kita buat beso,"abg1.
"jooomm". Deme memang kuat pakat waktu dulu,aje nak buat benda buas bagi le. Jadi je. Aku ingat lagi banyak kali juga depe buat dango.Dango ni kalau tempat lain panggil,pondok kecil.Kita kat Kuala Kangsar panggil dango.Satu hari,bila dango dah siap untuk diduduki,aku pun terasa comel untuk berada dalam ruang kecil tu.Memang unik.Siap ada pintu lagi doirang buat.Pernah sekali diorang nyakat aku kurung dalam tu..eee menjerit la aku.dah la gelap. Kesian asyik kena buli ngan abg kakak je waktu dulu.tapi takpe..kenangan ..
Pernah satu ketika, dah buat elok2 dango tu rasa cam lagi seronok pulak lepak kat situ,selalunya dango tu kami buat dekat dengan rumah,sebelah halaman ,mana ruang yang bawah pokok tu,redup sikit.jadi asyik je nak lepak.Kadang2 terus masak2 kat situ pastu boleh pulak makan tengahari kat dalam dango tu,dah macam rumah buluh pulak.
Tapi bila depe dah besar dan keje tinggallah kita yang renik2 ni, so turn kami pulak la yang leader untuk dango2 ni. Kami punya permainan dango lagi merepek. Dah takada pondok buluh tuu..sebab kita tak pandai nak bina. Kita cuma bentang tikar je kat mana2 tempat yang sedap landing.Bawah pokok la selalunya yang jadi pilihan.Merata2 la dango kita buat. Apa yang best time kitorg ni? Kami main jual2.ada pelakon pulak tu.Sape jadi penjaja,sape jadi pembeli,sape jadi ibu,ayah anak,semua lah ada.perompak pun ada.polis pun ada.Hah maksudnya ramai la yang main dango waktu tu.hahahah.Memang pun,ajak semua kawan2 sedara mara main sekali.Aku pulak pernah pegang watak sebagai ibu la,nurse la,cikgu la,ahahha pembeli,yang tak tahan jadi ayah pun ada ,time tu pun dah rasa janggal.hahha.Cerita ringkasnya macamni.Konon2 ada la sepasang keluarga hidup berjiran.Mereka ni saling tolong menolong. Para ayah pergi bekerja,time tu keje cangkul rumput je.buat la lakonan cangkul rumput,yang syok memang rumput tu kena cangkul betul2,tak payah makayah kita susah2 nak potong rumput lagi.Tapi!! ada benda yang buat ibu dan nenek kitorg marah..hahah ape dia? kitorang petik bunga2 yang ada kat halaman rumah,daun2 yang ada,pokok2 kecil.macam2.Paling aku ingat,aku korek pokok bawang opah aku.hahah.Sebab best,konon macam bawang yang kita buat masak tu.Tu semua sebab nak buat berlakon jugak tu ,sape jadi penjaja kena la kutip.hahah last2 kena pukul ngan mak.Fadan mufke!Hah,selepas kaum ayah tadi ni g keje kan,kaum ibu pulak mula la kuar.sebelum kuar tu ada pulak bunyi bayi menangis,sape punya watak bayi tu aku tak ingat,haha.aku taknak! Yang si ibu ni akan cakap la " alaa la sayang2,jgn nangis ye,mak nak pergi pasar sekejap je"hahha..pastu bayi yang mengada2 nangis tadi pun senyap.Pergila mak nya ke pasar. Kadang2 kami buat pasar,kadang2 kami buat penjaja yang jual pakai basikal,habis la mana2 basikal terpilih kami kebas!yang penting yang ada raga kat depan sebab nak ubuh sayur2..hahah.Tapi yang menjaja pakai basikal ni best juga dia berhenti tiap2 rumah.Lakonan pun mula la kat situ. Bunga taik ayam,bunga loceng,bunga kertas,pokok duit2,daun rambutan,daun belimbing,daun manggis,semua kita kebas lah.
"ni berapa?"
"20c je seikat,"..hahah time tu mak kita pun bagi belanja 30c je.mana boleh letak harga mahal2.
"kalau saya nak beli dua ikat?"
"40c la.."
"mana boleh,mak bagi belanja sekolah 30c je,tak cukup la,"
"habistu beli la seikat je"
"tak cukup,suami(lakonan) saya suka makan sayur,nanti dia marah kalau tade sayur"
"habis,belilah dua ikat ni"
"duit saya tak cukup"
"takkan suami awak tak kasi?"
"mana de dia kasi,tu suami lakonan je,duit dia pun mak dia bagi 20c je ke hari2,"
"habis,awak nak beli tak ni? nanti saya mals layan awak lagi,awak ni lambat lah,saya ada ramai lagi org nak beli ni ha,"
"ye lah saya taknak lah beli,awak ni sombong,"
"huhhh" .Penjaja beredar sambil menjeling,suri rumah ni terus balik.hahaha maka tak ada la sayur hari tu sebab mak masing2 bagi belanja 30c je..hik3...
Kalau nak diceritakan ,banyak lagi kisah2 lucu waktu main dango2 ni. Satu ketika tu aku main ngan kawan2.Hahahah yang tak tahannya,penjaja semua berlakon jadi orang bisu. Habis pembeli nak komunikasi camana? Semua la konon2 pakat guna bahasa isyarat. Sampai terkencing2 pun ada waktu urusan jual beli tu sebab tak tahan dengan bahasa isyarat yang diberikan.Yang terkencing tu sape??? hahahah kakak aku...(mampos kalau dia baca ni)..alaa rilek la kak..zaman kecik2.Last2 permainan stop takat tu je. Balik pergi mandi. Aduhai,macam2 lah.
Satu lagi citer best, kami guna daun2 yang kami kutip dimerata2 untuk masak sayur,ni tugas surirumah yang membeli tadi la ni. Ambik pulak kuali kecik kat dalam rumah ataupun periuk kecik,pisau pun kita kebas juga,bila mak bising2 cepat2 kami bagi balik,mak pun naik pening dah.Dah mak tak kasi ambik periuk tu,kami cari tin2 kosong atau tin susu.Karat pun boleh la. Ada ke patut masak dalam bekas karat???hhaha . Masak punya masak konon2 nak rasa..Pttuuuiii~ kompem kanser makannya..hahah berkarat kuahnya..hahha..
Satu hal,yang pegi gatal2 nak rasa kenapa? pahit semacam je.Sayur pun bukan sayur untuk makn pun,daun manggis??? Lepas pada tu,maju la sikit..pakai sayur yang boleh makan,pegi pulak ambik garam kat dapur.guna pulak periuk,minta izin pulak kat mak,mak pun bagi laa..baru la jadi sayur macam boleh makan.tapi still geli mak ayah nak makan,..keruh kooott~ sampai la mintak beras kat mak,nak belajar masak nasi kat dango. Mak pun bagi. Kat dango la aku belaja masak nasi.(^^,)
Tapi,dengan dango2 tula aku tahu guna dapur kayu,tahu masak nasi,tahu masak air,tahu buat kopi,teh,walaupun waktu tu baru kecik kemetot. Alahmdulillah tu yang dikatakan permainan ilmiah.Dapat ilmu..sekarang ni,,..dah boleh la buat keje macam2.Reti daaahhh..sebab dah praktis kat dango..tade la mask macam dulu lagi,..yang ada sekarang macam ni la plak..
untuk pengetahuan..ini kakak kita yang masak..sedap!
Aku punya masakan mana?? tak payah..nanti semua orang akan rasa lapar!!hheheh.sekian dulu laa..daa
akak.. ini adik fatin..hehehe.. http://harisya.blogspot.com
ReplyDeletehaiya, mcm kenal je story dlm ni...
ReplyDelete